Ke arah mewujudkan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di setiap Sekolah Kebangsaan (SK) sedang dalam perancangan, bermula bagi daerah Kuantan
Pergukafakuantan.com - Ke arah mewujudkan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di setiap Sekolah Kebangsaan (SK) sedang dalam perancangan, bermula bagi daerah Kuantan.
Sehubungan dengan hasrat ini, Guru besar dari 70 buah Sekolah Kebangsaan (SK) seluruh daerah Kuantan telah dipanggil ke sidang taklimat perlaksanaan KAFA di SK pada 5 Mei 2017 di Dewan Nilam Puri, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan (PPD).
Taklimat perlaksanaan ini disampaikan oleh JPNP, PPD, JAIP dan PAID. Tujuan perlaksanaan ini diadakan adalah untuk menaik taraf lagi sistem pendidikan KAFA untuk semua pelajar.
Pelbagai andaian telah berlegar diantara guru-guru KAFA daerah Kuantan mengenai hasrat perlaksanan ini. Bagaimana nasib guru-guru dan premis-premis KAFA yang ada sekarang? pasti ada pro dan kontranya.
Adakah ia akan melibatkan guru-guru KAFA yang ada sekarang? Jika ianya wujud nanti pasti akan menjadi saingan kepada semua premis SAR/KAFA yang ada sekarang. Terpulang! mana KAFA pilihan ibu bapa? KAFA yang sedia ada atau KAFA SK?.
Apa yang penting bagi semua SAR/KAFA yang ada sekarang teruskan perjuangan, tingkatkan lagi mutu pengurusan, pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi daya saing yang sihat antara SAR/KAFA dan KAFA SK. Tiada masalah apa sebenarnya, jika KAFA kita terbaik pastinya ia menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anaknya belajar dengan kita.
Semua guru-guru KAFA harap bersedia dengan sebarang apa jua keputusannya nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat....

Tunggu dan lihat....
ReplyDeleteSekadar pandangan,
ReplyDeleteSeharusnya guru2 besar kafa dimaklumkan hasil perbincangan di atas dan paling tidak di hantar wakil ke perjumpaan tersebut agar blh menyuarakan soalan seandainya terdapat persoalan.. persatuan blh kot ajukan agar diadakan dialog / diskusi nasib kafa yg mempunyai premis dan bangunan sendiri serta dijelaskan nasib guru2 kafa sedia ada sekiranya perkara di atas menjadi realiti..perkara ni perlu dijelaskan dan diperhalusi agar semua pihak terjaga kebajikan nya..
Sekadar pandangan,
ReplyDeleteSaya berpendapat, tak perlu lah diadakan kelas KAFA ini. Cukup lah di adakan mata pelajaran agama islam bersama sama dengan mata pelajaran lain pada jadual waktu biasa sekolah. Jika nak lebih islam lagi ibu bapa boleh hantar anak2 mereka ke Sek Agama atau Pusat Tahfiz.