Guru-guru KAFA Yang Layak Akan Diserap Menjadi Guru Agama

Guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) merupakan antara kumpulan sasar inisiatif Kerajaan Negeri...

Guru-guru KAFA Yang Layak Akan Diserap Menjadi Guru Agama

ISKANDAR PUTERI, 11 Mei – Guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) merupakan antara kumpulan sasar inisiatif Kerajaan Negeri meningkatkan kualiti pendidikan Islam di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, bermula tahun ini sehingga 2020, pelbagai program kompetensi yang diilhamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaksanakan bertujuan untuk menilai guru-guru KAFA yang layak.

Katanya, mereka yang layak akan dicadangkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan.

“Tujuan perkara ini dilakukan adalah bagi melayakkan diri mereka memohon jawatan sebagai Guru Agama di sekolah agama seluruh negeri ini.

“Hal ini kerana masih terdapat banyak kekosongan jawatan Guru Agama yang perlu diisi oleh mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  menjawab soalan tambahan Norshida Ibrahim (BN-Buloh Kasap) berhubung langkah Kerajaan Negeri dalam menyerap guru KAFA bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Agama di negeri ini semasa persidangan Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu, Abd. Mutalip turut memaklumkan sejak 2014, Kerajaan Negeri  memutuksan untuk memberikan cuti dua bulan beserta elaun bulanan kepada guru KAFA yang mengambil cuti bersalin.

“Mengikut Garis Panduan KAFA JAKIM 2011, telah dinyatakan bahawa guru KAFA yang bersalin hanya diberikan cuti bersalin tanpa elaun selama 2 bulan. Guru KAFA yang bersalin tidak layak mendapat elaun daripada JAKIM berjumlah RM900 kerana taraf guru KAFA  adalah sambilan dan tidak layak mendapat elaun cuti bersalin.

“Namun pada 2014, Kerajaan Negeri Johor telah member elaun penuh cuti bersalin  selama  dua bulan kepada guru KAFA berjumlah RM512 sebulan. Kerajaan negeri ini merupakan satu-satunya kerajaan yang melaksanakan pemberian elaun sara hidup itu bagi guru KAFA bertaraf sambilan,” katanya.

Sehingga hari ini sejumlah 1971 guru KAFA yang berkhidmat di 524 sekolah di seluruh Johor.

Sumber : Jauhar.my

Semoga Kerajaan Negeri Pahang juga akan melaksanakan seperti Kerajaan Negeri Johor telah member elaun penuh cuti bersalin  selama  dua bulan kepada guru KAFA berjumlah RM512 sebulan dan elaun sara hidup bagi guru KAFA bertaraf sambilan.


COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. kalaulah ini peluang untuk sy suarakan sesuatu.. sy mohon jasa baik pihak jaip untuk bayar tunggakan gaji guru baru tak dapat bayar penuh dulu pun tak apalah atleast dapat bayar separuh dulu pun kami dah bersyukur dan berterima kasih.. ataupun dapat bayar gaji bulan 5 dulu pun tak apalah janji kami boleh bayar hutang sikit2.. ada duit belanja untuk bulan ramadan ni.. yang bujang tu tak apa lagilah.. yang dah kawin tu susah nak survive kalau tak ada duit belanja langsung.. ada yang terpaksa hutang dengan kedai berbulan nak belu makanan untuk anak isteri sampai tuan kedai bertanya bila nak bayar.. lagi pula banyak kursus yang nak kena pergi walhal duit gaji tak dapat lagi.. saya harap kalau aduan saya ni sampai kepada jaip..harap dapat dipertimbangkanlah.. dan mohon janganlah disebabkan aduan saya ni saya dan rakan2 guru baru ni ditamatkan kontrak.. saya bersyukur sangat dapat dilantik menjadi guru kafa bawah jaip.. sebab sekurangnya sy diberi pekerjaan berbanding orang lain diluar sana ramai lagi yang xdapat pekerjaan.. namun saya berharap agar pihak jaip dapat selesaikanlah masalah ni dengan segera.. Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan/puan semua...

    ReplyDelete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.


PENAFIAN: Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Sesuai dilayari dengan menggunakan pelayar popular (Microsoft Edge, Chrome, Firefox, Safari dan Opera versi terkini) dengan resolusi skrin 1280 X 800 dan ke atas. Anda juga memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader (PDF) untuk paparan sesetengah aplikasi di laman ini.

Laman web ini dibangun dan disenggarakan oleh Unit Multimedia, Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan).

Name

Ahli Persatuan,27,AJK,23,Aktiviti,142,Buku Aktiviti KAFA,9,Buku Teks,3,eKAFA,7,Gambar,15,Guru Data,1,Guru Kafa,2,Ihtifal,23,Iklan,2,Info Terkini,337,Isu Semasa,100,Jadual Peperiksaan,7,Jadual UPKK,10,Jadual UPKK 2019,3,JAIP,39,JAKIM,28,JPN,4,JUC,11,KAFA,11,Kebajikan,2,Kementerian Pendidikan Malaysia,1,Keputusan UPKK,2,Khatam Al Quran,2,KPM,1,Mesyuarat,23,Motivasi,2,Muat Turun,3,MUIP,10,PAID,22,Penyelia KAFA,1,Peperiksaan,20,PERGUKAFA,35,Profil,5,Program,41,Program Sar Kafa,38,SAR KAFA,100,Simpeni,6,Skema Jawapan,7,SUK,1,Takwim Simpeni,2,Tuntutan MUIP,3,Ujian Kompetensi,2,UPKK,45,UPKK 2016,32,UPKK 2017,14,UPKK 2018,10,UPKK 2019,3,ZON 1,1,ZON 2,2,ZON 3,4,ZON 4,3,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Guru-guru KAFA Yang Layak Akan Diserap Menjadi Guru Agama
Guru-guru KAFA Yang Layak Akan Diserap Menjadi Guru Agama
Guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) merupakan antara kumpulan sasar inisiatif Kerajaan Negeri...
https://2.bp.blogspot.com/-gweVyigqMVc/WRkiLi5SqbI/AAAAAAAAD4M/qu7XktPQddUo4chmtqXiUglDIK4rXfGvACLcB/s640/kafa%2Bjohor.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-gweVyigqMVc/WRkiLi5SqbI/AAAAAAAAD4M/qu7XktPQddUo4chmtqXiUglDIK4rXfGvACLcB/s72-c/kafa%2Bjohor.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2017/05/guru-guru-kafa-yang-layak-akan-diserap.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2017/05/guru-guru-kafa-yang-layak-akan-diserap.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy