Ini merupakan program perkongsian daripada KAFA Darul Quran iaitu Qiamullail wajib bagi tahun 2 hingga 6
Pergukafakauntan.com - Ini merupakan program perkongsian daripada KAFA Darul Quran iaitu Qiamullail wajib bagi tahun 2 hingga 6. Program pertama pembangunan akhlak anak-anak KAFA Darul Quran ini telah diadakan pada hari jumaat 17 - 18/2/2017 yang lalu.
Program ini bermula jam 7.00 petang hari jumaat dan diakhiri hari sabtu jam 9.00 pagi itu diisi dengan aktiviti solat maghrib berjemaah, slot ice breaking dan pembinaan ukhuwah sesama kawan, tazkirah, qiamullail, game ringkas dan lain-lain.
Seramai 35 orang pelajar KAFA Darul Quran telah menyertai program qiamullail yang dijalankan secara berkala ini.
Antara objektif utama program qiamullail ini ialah untuk membentuk nilai dan akhlak dalam diri anak-anak KAFA Darul Quran seterusnya dapat melahirkan remaja yang takut dan cintakan Allah.
Tahniah daripada kami, Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan semoga ianya akan berterusan dan akan menjadi contoh kepada Kafa lain untuk menganjurkanya pula.
COMMENTS