Lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka dari SAR KAFA Al Ubudiah Al Jariah Taman Guru, pada Ahad 13 november 2016.
Pergukafakuantan.com - Lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka dari SAR KAFA Al Ubudiah Al Jariah Taman Guru, pada Ahad 13 november 2016. Lawatan ini disertai seramai 46 pelajar dan diiringi 6 orang guru.
Lawatan ini adalah sempena meraikan pelajar tahun 5 yang baru selesai menghadapi peperiksaan UPKK 2016. Bertolak seawal 6.00 pagi dari kuantan, seharian di Melaka dan bertolak balik ke Kuantan semula pada jam 12.30 malam. Banyak tempat-tempat menarik yang telah dilawati antaranya river cruise, kota A famosa, dan lain-lain tempat. Semoga lawatan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid-murid.
Insha Allah tahun hadapan akan diadakan lagi lawatan seperti ini di dalam kawasan-kawasan yang menarik di negara malaysia kita.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan sambil belajar SAF KAFA Al Ubudiah Al Jariah ke Melaka :
Tahniah daripada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan atas penganjuran lawatan seumpama ini.
COMMENTS