Bengkel Mengisi Markah UPKK 2016 Ke Dalam Sistem Peperiksaan KAFA

SHARE:

Selama 3 hari berkampung di Hotel Ancasa Royale, Pekan bermula 16 hingga 18/11/2016 (Rabu - Jumaat). Maka selesai sudah bengkel mengisi markah UPKK 2016 ke dalam Sistem Peperiksaan KAFA Negeri Pahang.

Bengkel Mengisi Markah UPKK 2016 Ke Dalam Sistem Peperiksaan KAFA

Pergukafakuantan.com - Selama 3 hari berkampung di Hotel Ancasa Royale, Pekan bermula 16 hingga 18/11/2016 (Rabu - Jumaat). Maka selesai sudah bengkel mengisi markah UPKK 2016 ke dalam Sistem Peperiksaan KAFA Negeri Pahang.

Seramai 66 orang guru KAFA terlibat dalam bengkel mengisi markah ini dari seluruh daerah Pahang. Daerah Kuantan diwakili seramai 15 orang guru mengikuti bengkel tersebut.

Untuk makluman sistem peperiksaan KAFA ini dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan data diselenggara oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi memudahkan dan lebih sistematik seiring dengan dunia online tanpa sempadan ketika ini. 

Majlis penutup bengkel ini disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Sodin, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP. Turut serta Ustaz Kauthar dari Unit SAR dan KAFA JAIP. Ustaz Ahmad Shukri pengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel mengisi markah ini. 

Beliau juga turut menyentuh mengenai Watikah Perlantikan dan Penyambungan Kontrak Guru KAFA 2017 yang akan di adakan pada 19/12/2016 (Gambang Resort). Watikah ini sebenarnya merupakan cetusan idea asal dari Pengarah JAIP sendiri dalam usaha meningkatkan martabat guru-guru KAFA Pahang ini.


Beliau menerangkan juga watikah ini juga merupakan program "Ulang Kaji" kefahaman guru-guru KAFA mengenai tugas-tugas guru KAFA sebenarnya dan juga perkara asas Fardhu Ain yang sememangnya menjadi teras dalam sistem pendidikan KAFA.

Beliu juga amat berharap UPKK tahun 2016 ini, Pahang akan kekal dalam top 5. Semoga segala usaha yang telah dilakukan selama ini akan membuahkan hasilnya berkat usaha semua pihak. 

Turut dimaklumkan UPKK 2016 akan diumumkan serentak seluruh Malaysia oleh JAKIM, ini bermakna setiap calon boleh terus mengambil keputusan UPKK di sekolah pada tarikh yang akan diumumkan nanti. 

Bagi calon UPKK negeri Pahang keputusan UPKK boleh disemak secara online (link akan diumumkan dalam blog ini). 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar bengkel mengisi markah UPKK 2016 :

























Terima kasih atas sumbangan daripada JAIP 

Kami daripada Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada JAIP memberi kepercayaan kepada guru-guru KAFA dari daerah Kuantan menyertai bengkel mengisi markah ini. 

Kami daripada tim mengisi markah Kuantan amat berharap, semoga bengkel mengisi markah tahun 2017 akan teruskan dan dipertingkatkan lagi agar ianya bertambah baik, kemas dan sistematik.

Buat akhir ucapan ribuan terima kasih kepada JAIP, PAIP, BTM SUK Negeri Pahang, Penyelia KAFA Negeri dan Penyelia KAFA Daerah, Semua Persatuan Guru KAFA seluruh Pahang, Guru-guru KAFA yang terlibat. Semoga jalinan kerjasama ini akan diterjemahkan melalui pencapaian UPKK 2016 ini nanti.





COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Bengkel Mengisi Markah UPKK 2016 Ke Dalam Sistem Peperiksaan KAFA
Bengkel Mengisi Markah UPKK 2016 Ke Dalam Sistem Peperiksaan KAFA
Selama 3 hari berkampung di Hotel Ancasa Royale, Pekan bermula 16 hingga 18/11/2016 (Rabu - Jumaat). Maka selesai sudah bengkel mengisi markah UPKK 2016 ke dalam Sistem Peperiksaan KAFA Negeri Pahang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCWX6gA2l1qejDbjtcDPmEfVc0vwzjPPBPw9TBI9URJSo8jzadQu1eMCE_DrQ_S6t6NzWKsaKxDGKFnphAGdE3eZv9RPrjParEYMO8tyOteFTgNRIToGi_yqQ41gytTk4zCgaRB991gVDU/s640/Bengkel+Keyin+UPKK+.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCWX6gA2l1qejDbjtcDPmEfVc0vwzjPPBPw9TBI9URJSo8jzadQu1eMCE_DrQ_S6t6NzWKsaKxDGKFnphAGdE3eZv9RPrjParEYMO8tyOteFTgNRIToGi_yqQ41gytTk4zCgaRB991gVDU/s72-c/Bengkel+Keyin+UPKK+.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2016/11/bengkel-mengisi-markah-upkk-2016-ke.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2016/11/bengkel-mengisi-markah-upkk-2016-ke.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :