Keratan Akhbar Pelancaran Modul JUC UPKK 2016. Maran - Modul Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) peringkat negeri Pahang...
Maran - Modul Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) peringkat negeri Pahang yang julung kali diperkenalkan tahun ini, dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, semalam.

Mohamad Noor berkata, beliau berharap keputusan pelajar UPKK Pahang pada tahun ini lebih cemerlang berbanding tahun sebelum ini.
Katanya. menerusi penambahbaikan modul itu, Jabatan Agama Islam (JAIP) memberi latihan "Train The Trainer" yang aka memberi pendedahan kepada semua calon UPKK.
Majlis pelancaran JUC turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIP, Ahmad Sukri Mohamed Sodin, Mohd Zamri Abu Bakar,Qadhi Daerah Maran, Mohd Rizal Ali Hanafiah dan Kadi Daerah Jengka, Zaharudin Zakaria.
Sinar Harian
5/8/2016
COMMENTS