Bantuan PERKAPITA untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) atau kelas fardhu ain kini telah tiada lagi. Bermula dengan sikit demi sedikit hinggalah....
Saban hari semakin banyak permintaan untuk kelas-kelas agama, sehinggakan ianya diperdagangkan kerana memenuhi permintaan yang semakin ketara atas kesedaran masyarakat menyedari betapa pentingnya asas agama anak-anak dalam kehidupan.
Namun begitu, kekangan dalam perlantikan serta peruntukan Guru KAFA menyebabkan ianya tiada bertambah apatah lagi bercambah dengan penubuhan KAFA yang baru di premis-premis masyakat seperti masjid dan surau.
Tetapi yang lebih malang ialah kebajikan demi kebajikan yang telah diperuntukan kepada mereka dirobek, dirampas serta dihilangkan terus dari menikmatinya. Bermula dengan peruntukan PERKAPITA yang dikurangkan sedikit demi sedikit dan kini ianya tiada langsung....
Guru-guru KAFA seluruh Malaysia walaupun mereka tidak membebaskan suaranya di alam maya bagi mencari pembelaan terhadap nasib mereka, namum ketahuilah bahawa hati dan jiwa mereka meronta menagih pembelaan terhadap nasib mereka.
Kehidupan di zaman yang mencabar ini, mana mungkin mampu mengharungi kehidupan dengan pendapatan bersih RM712.00 selepas potongan KWSP dari elaun sebanyak RM800.00 sebulan. Saban tahun dimomok dengan kenaikan, tapi ianya tidak kunjung tiba juga.
Tu gaji RM5 ribu, bayangkan guru Kafa yang gajinya RM700 lebih je...
Itu belum lagi mengira guru kafa lelaki yang menjadi ketua keluarga, mana mungkin dengan pendapatan sebanyak itu mampu menguruskan kehidupan keluarga dengan sempurna mungkin.
Dengan pendapatan sedemikian, mereka bukan sahaja golongan yang berpendapatan kecil, malah boleh dikategorikan sebagai fakir miskin yang layak menerima bantuan zakat setiap bulan. Bukan omongan itulah hakikatnya.
Ketahuilah bahawa mereka berjuang dan berkhidmat bukan untuk orang lain, tetapi untuk agama anak bangsa dan tanah air yang kita duduki bersama.
Kalaulah kita tidak membela nasib mereka, siapa lagi yang akan membela nasib mereka kerana mereka mendidik anak-anak cucu kita semua tanpa mengira itu semua kerana amanah.
Mudah bagi orang berkata bahawa kenapa tidak sahaja pergi mencari kerja yang lain atau mancari pekerjaan tambahan yang lain? kita jangan lupa kalaulah tiada mereka, siapakah yang akan memikul amanah ini semua?
Cuba kita tanya pada diri kita sendiri, adakah kita sanggup berhenti kerja yang ada sekarang untuk menggantikan tempat mereka? rasanya tiada sesiapapun dikalangan kita akan sanggup melakukannya..
Kerana itulah, kita mesti membela nasib mereka demi kejayaan anak cucu kita dalam mendaulatkan ilmu agama yang tercinta.
Bapa Prihatin
LKNP Kuantan
LKNP Kuantan
2 Ogos 2016
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
COMMENTS