Aplikasi e-KAFA Semakan UPKK Secara Online. Alhamdulillah buat pertama kali seumpamanya di Malaysia iaitu Aplikasi e-KAFA untuk semakan U...
Aplikasi e-KAFA Semakan UPKK Secara Online. Alhamdulillah buat pertama kali seumpamanya di Malaysia iaitu Aplikasi e-KAFA untuk semakan UPKK secara online dilancarkan.
Tahniah kepada Negeri Pahang menjadi negeri pertama membangunkan sistem aplikasi e-KAFA ini, seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari. Untuk makluman sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan data diselenggara oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Semua ini adalah Hakcipta Terpelihara © 2014 Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur.
Cara membuat semakan online Keputusan Peperiksaan UPKK Negeri Pahang Darul Makmur 2015
1. Sila buka link yang telah disediakan seperti berikut:
http://ekafa.pahang.gov.my/
akan terpapar seperti gambar di atas.
2. Masukan No MyKID dan No angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
3. Anda akan terus dibawa ke laman keputusan UPKK anda. Anda boleh mencetak slip tersebut dengan mengelik button cetak di atas slip tersebut.
4. Slip ini bukannya sijil. Keratan ini hanya kenyataan keputusan.
5. JAIP berhak meminda butir-butir kenyataan dalam keratan keputusan ini sebelum sijil sebenar dikeluarkan. Keputusan muktamad adalah seperti yang tercatat di dalam sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
6. Semua permohonan untuk membetulkan maklumat di dalam keratan ini boleh dirujuk semula kepada JAIP/PAID daerah masing-masing dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan ini.
UPDATE: 18/1/2016
Pihak kami menerima banyak aduan mengenai Aplikasi e-KAFA ni tak boleh di buka. Harap bersabar ia mungkin disebabkan oleh jumlah aliran trafik/pengunjung yang ramai pada pada sesuatu masa. Itu menyebabkan server tidak dapat menanggung kapasiti pelawat pada waktu tersebut.
Hal sebegini adalah biasa terjadi pada mana-mana semakan online peperiksaan utama lain. Contohnya (UPSR, PT3, SPM dsb) pun biasa mengalami masalah sebegini. Apatah lagi e-KAFA ini baru sahaja dibangunkan.
Jadi kami wakil kepada JAIP dan SUK Pahang memohon ribuan kemaafan atas kelemahan ini. InsyaAllah akan diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

COMMENTS