Modul Latihan Guru KAFA Tahun 2016

SHARE:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan modul latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Modul Latihan Guru KAFA Tahun 2016
IPOH, 21 Dis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan modul latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata modul latihan yang akan dilaksanakan secara berperingkat itu memfokuskan kepada latihan berasaskan kokurikulum dan suasana kelas KAFA.

"Sekarang ini guru KAFA terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama, 40 peratus adalah guru terlatih daripada Kementerian Pendidikan dan 60 peratus bagi kategori kedua, yang kami akan tumpu kerana mereka bukan berasal daripada guru terlatih," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan kali ke-4, di sini Ahad malam.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Othman berkata guru KAFA akan menjalani modul latihan yang disediakan IPG selama empat hari sebelum menerima sijil yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Hasrat kerajaan adalah untuk memastikan semua guru KAFA terlatih dan memiliki kemahiran PdP (pengajaran dan pembelajaran) setanding dengan guru-guru Kementerian Pendidikan, kata Othman.

Beliau juga berkata JAKIM amat berbangga apabila keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mencatat keputusan sangat baik semenjak ia diperkenalkan contohnya pada 2014 catatkan keputusan cemerlang 100 peratus, iaitu tiada seorang calon pun mendapat D dalam kertas peperiksaan itu.

Mengenai majlis itu, Othman berkata program yang diadakan selama tiga hari mulai Jumaat lepas, adalah satu bentuk kegiatan kokurikulum yang berjaya mencungkil bakat dan potensi pelajar berdasarkan kemampuan mereka mengadaptasi pembelajaran KAFA di dalam kelas.

"Acara yang diperkenalkan dalam ihtifal KAFA ini secara langsung dapat menunjukkan keberhasilan produk yang lahir daripada program KAFA, umpamanya kepetahan pelajar dalam menyampaikan syarahan dengan isi dan fakta, mengalunkan bacaan al-Quran dengan tajwid dan bertaranum," katanya.

Sebanyak 282 peserta dari 12 negeri mengambil bahagian dalam enam kategori dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, nasyid, syarahan Arab, syarahan Bahasa Melayu, penulisan jawi dan penulisan khat.

Sumber: BERNAMA

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Modul Latihan Guru KAFA Tahun 2016
Modul Latihan Guru KAFA Tahun 2016
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan modul latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara mulai awal tahun depan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinaxYm3kYf6KoGu6-utBCDXS-b5w6va3vh2X6sAygk6rH_EwE0ASufC2K6TP8Gdyn1-8E8YmENzThtp7ftye2SjMH5EcbcY7O6_aAYFiTBYW1v4T6FfMprsI5CoIGtKRzpiOka1j3VuNbV/s640/modul+latihah+guru+kafa+tahun+2016.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinaxYm3kYf6KoGu6-utBCDXS-b5w6va3vh2X6sAygk6rH_EwE0ASufC2K6TP8Gdyn1-8E8YmENzThtp7ftye2SjMH5EcbcY7O6_aAYFiTBYW1v4T6FfMprsI5CoIGtKRzpiOka1j3VuNbV/s72-c/modul+latihah+guru+kafa+tahun+2016.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2015/12/modul-latihan-guru-kafa-tahun-2016.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2015/12/modul-latihan-guru-kafa-tahun-2016.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :