Terkilan rasa di hati tika menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Guru Sar Kafa Negeri Pahang baru-baru ini. Datang dari jauh Kuantan-Lanchang dengan 2 buah bas dan beberapa buah kereta persendirian.
Assalamualaikum
Terkilan rasa di hati tika menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Guru Sar Kafa Negeri Pahang baru-baru ini. Datang dari jauh Kuantan-Lanchang dengan 2 buah bas dan beberapa buah kereta persendirian. Bahkan ada yang menunggang motorbike dengan penuh semangat untuk bermesyuarat. Tapi….. apa yang kami dapat di sana?
KETIDAKPUASHATIAN !!!
1. Nak masuk dewan, dewan dah penuh.
Nak duduk luar, takde kerusi
Nak berdiri, dok ghok
Pembesar suara dengar dalam je...
Berat nanang….jeng krengg…
Persoalannya…
Mengapa pihak penganjur tidak menyediakan prasarana yang mencukupi dalam majlis sebesar ini ?
Di manakah hak kami sebagai ahli ?
Mengapakah hak kami sebagai ahli dinafikan ?
2. Perjalanan mesyuarat….
Tidak mengikut prosedur dan tatacara mesyuarat yang sepatutnya.
Pembentangan, Pembubaran, pengesahan, cadangan……
Kuca hanyar weiiii…..
3. Yang sangat ku rasa terkilan bila tiada ruang untuk agenda "hal-hal lain".
Sepatutnya di ruang inilah ada ahli-ahli yang ingin berbicara, meluahkan yang tersirat atau memberi cadangan. Banyak sangat yang terꞌsetꞌ di minda ku untuk ku luahkan di ruangan itu.
Tapi…..
Sekali lagi hak itu dinafikan !
Nak ucap minta maaf jauh sekali....
Apa pun jadikanlah mesyuarat ke-26 ini sebagai iktibar
Peringatan untuk diriku, sahabat-sahabat dan mana-mana organisasi….
Belajarlah dari kesilapan. Rancang dan laksanakanlah sesuatu itu dengan professional.
Sekian.
Wallahualam
kamr...Ahli Terkilan
Memang kena ayat dalam surat tu.
ReplyDeleteMesorat sekolah tadika tak gini...
ReplyDeleteGud job. Bak kata pepatah, berani kerana benar.
ReplyDeletedapat kertas undi tp buang saje...xjadi mengundi. calon menang tanpa bertanding dgn usul ajk lama d kekalkan..hu..hu
ReplyDeleteMesyuarat tadika lagi profesional Tok Puteh...
ReplyDeleteApapun tahniah buat semua ahli terutama daerah Kuantan yang begitu sabar walau diuji sedemikian.