Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Pahang buat julung kalinya mengadakan satu anugerah untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPKK 8A tahun 2014.
Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Pahang buat julung kalinya mengadakan satu anugerah untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPKK 8A tahun 2014.
Pada 9 mei 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Bukit Galing Kuantan berlangsunglah Majlis Anugerah Cemerlang UPKK 2014 yang dirasmikan oleh Al Fadhil Qadhi daerah Kuantan, Tuan Haji Abdul Zaki bin MD Zain AMP.
Majlis bermula dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan iaitu Ustaz Harmizi bin Hanafi.
Seterusnya majlis perasmian oleh Al Fadhil Qadhi, kemudian majlis penyampaian anugerah cemerlang kepada semua pelajar yang mendapat 8A dalam UPKK 2014. Tahniah buat Kuantan merupakan penyumbang statistik 8A teramai dalam UPKK 2014 Pahang iaitu seramai 700 pelajar mendapat 8A.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis anugerah cemerlang UPKK 2014;
Tahniah Sar Kafa Al Makmur IM2 mendapat Anugerah Pelajar Terbaik UPKK 2014 |
Tahniah Sar Kafa Al Huda Sg. Isap dengan Anugerah Sar Kafa Terbaik Daerah Kuantan 2015 |
COMMENTS