dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama kepimpinan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang, bertempat di Dewan Terbuka Dataran...
9 Julai 2026 | Kerdau, Temerloh Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan telah menyertai Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 1448H/2026M yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama kepimpinan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang, bertempat di Dewan Terbuka Dataran Sri Ketumbit, Kerdau, Temerloh pada Khamis, 9 Julai 2026.
Penyertaan ini membuktikan komitmen warga guru KAFA Daerah Kuantan dalam menyokong program-program keagamaan yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), masjid kariah dan institusi pendidikan dari seluruh negeri Pahang.
Sepanjang program berlangsung, kontinjen Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan turut mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong memasak dan mengacau bubur Asyura, yang menjadi acara utama karnival.
Program ini bukan sahaja mengangkat warisan tradisi masyarakat Islam, malah berjaya memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan ukhuwah antara para peserta. Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang penuh bermakna ini.
Semoga karnival seumpama ini terus menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim, memelihara warisan Islam serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat di Negeri Pahang Darul Makmur.



















COMMENTS