Kehadiran wakil AJK ini sebagai tanda sokongan, keprihatinan serta semangat ukhuwah sesama warga guru KAFA. Dalam ziarah tersebut, pihak persatuan...
10 Mei 2026 - AJK Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan telah mengadakan program ziarah dan menyantuni ahli persatuan yang sedang menerima rawatan di hospital, iaitu Ustazah Suraida dari KAFA Imtiaz.
Kehadiran wakil AJK ini sebagai tanda sokongan, keprihatinan serta semangat ukhuwah sesama warga guru KAFA. Dalam ziarah tersebut, pihak persatuan turut mengambil kesempatan bertanya khabar dan mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.
Pihak Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan mendoakan semoga Ustazah Suraida diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dapat kembali bertugas seperti biasa bersama warga pendidik KAFA.
Semoga amalan ziarah dan kebajikan seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturrahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli persatuan.







COMMENTS