Bengkel Pemilihan Buku Aktiviti KAFA 2027 dan Pengurusan Yuran Keahlian PGKDK Berlangsung Dengan Jayanya

SHARE:

Bengkel ini memberi fokus kepada pemilihan bahan aktiviti yang bukan sahaja menepati silibus KAFA, bahkan turut mengambil kira aspek grafik...

Bengkel Pemilihan Buku Aktiviti KAFA 2027 dan Pengurusan Yuran Keahlian PGKDK

9 Mei 2026 – Satu bengkel melibatkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan telah diadakan bertempat di Grand DarulMakmur Hotel bagi membincangkan pemilihan buku-buku aktiviti KAFA tahun 2027 serta pengurusan yuran keahlian persatuan.

Bengkel ini memberi fokus kepada pemilihan bahan aktiviti yang bukan sahaja menepati silibus KAFA, bahkan turut mengambil kira aspek grafik yang menarik, susunan kandungan yang sesuai serta saiz tulisan yang mudah dibaca oleh murid-murid. Dalam bengkel tersebut juga, pihak persatuan telah menilai beberapa penerbit buku bagi memastikan bahan yang dipilih benar-benar berkualiti dan bersesuaian dengan keperluan semasa pendidikan KAFA.

Turut bersama dalam sesi penelitian kandungan buku ialah Jurulatih Utama KAFA Daerah Kuantan (JU) serta beberapa individu yang mempunyai pengalaman dalam penggubalan soalan peperiksaan. Pandangan dan pengalaman mereka amat membantu dalam memastikan bahan yang dipilih benar-benar sesuai digunakan di peringkat sekolah KAFA.

Selain itu, bengkel turut membincangkan aspek pengurusan yuran keahlian persatuan melibatkan pembinaan sistem semakan yuran, proses pemutihan ahli serta beberapa perkara berkaitan pengurusan data dan keahlian persatuan agar lebih tersusun dan sistematik pada masa akan datang.

Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada gerak kerja persatuan serta memperkukuhkan lagi pengurusan dan kebajikan ahli-ahli Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan demi memastikan organisasi terus bergerak dengan lebih efektif dan teratur.



























COMMENTS

BLOGGER
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :