Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pegawai, guru agama, serta pemimpin komuniti di sekitar Bandaraya Kuantan dan negeri....
KUANTAN, 14 April 2026 – Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan telah menganjurkan Majlis Silaturrahim Aidilfitri Tahun 2026M/1447H bagi mengeratkan hubungan ukhuwah dalam kalangan warga institusi agama dan masyarakat setempat.
Majlis yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Afzan ini diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk masjid kariah, surau kebenaran Jumaat, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Persatuan Guru Takmir, Persatuan Guru Briged Asnaf serta Badan Kebajikan Islam Malaysia (BAKIM).
Menurut kenyataan rasmi, majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pegawai, guru agama, serta pemimpin komuniti di sekitar Bandaraya Kuantan dan negeri Pahang secara amnya. Kehadiran para jemputan yang terdiri daripada pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang, imam besar, qadhi daerah serta tenaga pengajar agama telah memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri.
Al-Fadhil Qadhi Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan, Haji Syarifuddin bin Mad Sa’ad.,AMP. dalam jemputannya menyatakan bahawa program seumpama ini penting dalam memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam usaha memperkukuh institusi agama di peringkat akar umbi.
“Majlis ini bukan sahaja sebagai platform meraikan Aidilfitri, malah menjadi medium mempererat hubungan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dan komuniti,” menurut beliau.
Pelbagai juadah tradisional turut disajikan kepada para tetamu, sekali gus menambahkan kemeriahan sambutan hari raya. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai acara tahunan yang menghimpunkan warga agama dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah.
Majlis berakhir dengan penuh kesyukuran dan diharapkan mampu menyuntik semangat kebersamaan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.


























COMMENTS