Majlis Pelancaran Penyerahan Bantuan Khas Aidilfitri Guru KAFA dan Guru Al-Quran Negeri Pahang 2026

SHARE:

Pemberian bantuan khas ini diharap dapat meringankan beban kewangan para guru dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, di samping...

Majlis Pelancaran Penyerahan Bantuan Khas Aidilfitri Guru KAFA dan Guru Al-Quran Negeri Pahang 202

Kuantan, 2 April 2026  Satu majlis penuh bermakna telah berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 sempena Program Pelancaran Penyerahan Bantuan Khas Aidilfitri kepada guru KAFA dan guru Al-Quran Negeri Pahang bagi tahun 2026.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad, selaku wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Pahang, yang turut menyampaikan bantuan khas kepada para guru sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik generasi muda.

Pemberian bantuan khas ini diharap dapat meringankan beban kewangan para guru dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, di samping menjadi bukti keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan golongan pendidik, khususnya guru KAFA dan guru Al-Quran.

Pihak Persatuan Guru KAFA Daerah Kuantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas inisiatif yang amat bermakna ini. Bantuan yang disalurkan bukan sahaja memberi kelegaan dari sudut kewangan, malah turut menjadi tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa para guru dalam membangunkan ummah.

Diharapkan usaha murni seperti ini akan terus diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kebajikan para pendidik di negeri ini.










COMMENTS

BLOGGER
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :