Iklan Jawatan Kosong Guru KAFA dI Pahang

SHARE:

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mempelawa warganegara Malaysia, khususnya rakyat Negeri Pahang Darul Makmur, untuk mengisi kekosongan jawatan....

Iklan Jawatan Kosong Guru KAFA dI Pahang

Kuantan, 1 September – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mempelawa warganegara Malaysia, khususnya rakyat Negeri Pahang Darul Makmur, untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di SAR KAFA dan KAFA Sekolah Kebangsaan.

Jawatan ditawarkan secara kontrak dengan kadar elaun RM1,100 sebulan. Caruman pekerja melibatkan potongan KWSP sebanyak RM121 (11%) dan caruman PERKESO RM5.25. Majikan turut menyumbang caruman KWSP RM143 (13%) serta caruman PERKESO RM18.35.

Syarat permohonan adalah warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan. Pemohon juga perlu memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu serta Pendidikan Islam/Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah atau yang setaraf, dan lulus Bahasa Arab.

Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (JAKIM/PKAFA/PGK/002) yang boleh dimuat turun menerusi laman Facebook JAIP, laman web SMAN, atau diperoleh di Pejabat Agama Islam Daerah mulai 1 September 2025 (Isnin).


Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil peperiksaan, serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen perlu disahkan dan hanya satu permohonan dibenarkan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2025 (Selasa). Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dihubungi melalui telefon untuk sesi temuduga.

COMMENTS

BLOGGER
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :