Ihtifal KAFA Bandaraya Kuantan 2025 ini telah diadakan dengan jayanya pada 20 Julai 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pelindung.
Setelah bertungkus lumus hampir 2 bulan persediaan untuk menghadapi Ihtifal KAFA Bandaraya Kuantan, Alhamdulillah hari yang dinantikan telah tiba. Majlis Ihtifal ini adalah anjuran Bersama:
- Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
- Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
- Sekolah Kebangsaan Pelindung
Tentatif Majlis:
Latar Belakang:
Ihtifal KAFA Bandaraya Kuantan 2025 ini telah diadakan dengan jayanya pada 20 Julai 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pelindung. Program ini merupakan satu inisiatif bersama beberapa pihak bagi mengasah bakat dan potensi pelajar KAFA dalam bidang keilmuan dan kesenian Islam.
Acara yang Dipertandingkan:
- Tilawah al-Quran (lelaki dan Perempuan)
- Hafazan (lelaki dan Perempuan)
- Bercerita Kisah-kisah Al-Quran (lelaki dan Perempuan)
- Khat (lelaki dan Perempuan)
- Tulisan Jawi (lelaki dan Perempuan)
- Nasyid Berkumpulan
Penglibatan:
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak termasuk:
- Para pelajar dari seluruh daerah Kuantan sebanyak 33 buah sekolah dengan penyertaan lebih daripada 250 orang.
- Ibu bapa dan penjaga pelajar.
- Guru-guru KAFA dan guru pengiring.
- Komuniti setempat.
Beberapa kiosk jualan juga dibuka sepanjang hari bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan.
Majlis Penutup:
Majlis penutup telah berlangsung pada jam 4.00 petang dan dirasmikan oleh Yang Hormat Dato' Sri Fauzi bin Abdul Rahman,. SSAP, DIMP, AMP (Pahang); PPN. Turut serta Tuan Qadhi Daerah Kuantan Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad,. A.M.P. dan Pengarah Yadim Pahang Ustaz Alwi bin Muda serta Guru Besar Sk Pelindung Tuan Mohd Azhar bin Yahya,. A.MP. YH Dato' Sri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan memberikan ucapan penghargaan atas usaha semua pihak dalam menjayakan program ini.
Penghargaan:
- Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan
- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
- Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
- Sekolah Kebangsaan Pelindung
- Guru KAFA dan Guru Pengiring
- Ibu bapa dan penjaga pelajar
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas secara langsung atau pun tidak langsung.
Penutup:
Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam membina jati diri dan semangat kompetitif dalam kalangan pelajar. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang.
Gambar-Gambar Campuran Keseluruhan Majlis Ihtifal KAFA Bandaraya Kuantan:
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
[next]
InysaAllah jumpa lagi tahun hadapan.
COMMENTS