Kunjungan ini bertujuan untuk membina hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam merancang dan melaksanakan kursus pembangunan...
Kuantan, 15 Mei 2025 – Persatuan Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Daerah Kuantan telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang hari ini.
Kunjungan ini bertujuan untuk membina hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam merancang dan melaksanakan kursus pembangunan profesional guru serta program-program bermanfaat melibatkan pelajar KAFA pada masa hadapan.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi bin Muda telah membentangkan pelbagai inisiatif dan aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak YADIM. Beliau turut menzahirkan kesediaan YADIM untuk bekerjasama dengan institusi pendidikan Islam seperti SAR KAFA dalam memperkasa pendidikan agama dan pembangunan sahsiah pelajar.
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Kuantan turut menyatakan komitmen untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan YADIM dalam pelbagai aspek termasuk latihan, motivasi pelajar, dan aktiviti kemasyarakatan.
Kunjungan ini diakhiri dengan sesi perbincangan terbuka dan pertukaran cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
COMMENTS