Pelbagai juadah telah disediakan dengan menu utama nasi minyak oleh Pergukafa Kuantan. Semua zon telah terlibat dalam menyediakan menu dan persiapan..
Alhamdulillah selesai sudah Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkatan Daerah Kuantan anjuan Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan).
Majlis telah berlangsung seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 4/5/2024
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Pendudukan Kem Galing
Pelbagai juadah telah disediakan dengan menu utama nasi minyak oleh Pergukafa Kuantan. Semua zon telah terlibat dalam menyediakan menu dan persiapan tempat.
Zon 1 - Mee Sup
Zon 2 - Lontong
Zon 3 - Nasi Impit
Zon 4 - Lemang dan Rendang.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi Pergukafa Kuantan Ustaz Harmizi Hanafi. Terima kasih kepada semua ahli Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan yang telah hadir bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pergukafa Kuantan 2024.
Kami Pergukafa Kuantan memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam majlis ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan sepanjang masa antara semua ahli-ahli persatuan.
Gambar-Gambar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pergukafa Kuantan 2024 :
COMMENTS