eBanker Pro ialah penyelesaian berasaskan internet yang inovatif dan komprehensif dengan ciri yang dipertingkatkan yang membolehkan anda melaksanakan
Artikel ini hanya untuk SAR/KAFA yang menggunakan perkhidmatan simpanan kewangan menggunakan Bank Islam sahaja.
Bagi KAFA pasti sedia maklum biasanya pihak atasan akan meminta akaun bank statement dengan kadar segera atau dalam tiga hari mesti menghantar bank statement tersebut ke pejabat atau online seperti permohonan bantuan kewangan atau peralatan KAFA yang biasanya berkehendak kepada penyata bank tersebut sebagai bukti akaun bank itu milik mutlak KAFA tersebut. Bank-bank lain mungkin tiada masalah.
Bagi Bank Islam agak sukar pihak KAFA untuk mendapat bank statement terkini dalam tempoh tersebut disebabkan pihak Bank Islam kini telah mengubah polisinya, iaitu tidak boleh lagi mendapatkan bank statement secara terus atau walk-in di kaunter Bank Islam seperti sebelum ini.
Pihak KAFA perlu mengambil dan mengisi borang (untuk ditanda tangan semua penama dalam akaun) yang telah disediakan oleh pihak Bank Islam dan borang yang lengkap perlu dihantar semula ke Bank Islam, selepas itu barulah penyata bank akan dihantar melalui emel yang didaftar dalam borang tersebut dalam tempoh masa tiga bekerja.
Rasa-rasanya sempat tak untuk KAFA dapatkan semua keperluan tersebut dalam masa yang singkat???... memang betul-betul menyusahkan.
Apa jalan penyelesaian bagi KAFA untuk mendapatkan bank statement dengan serta merta tanpa perlu isi borang dan pergi ulang-alik ke Bank Islam lagi!!!...
eBANKER PRO SECARA ONLINE JALAN PENYELESAIANNYA, APA ITU EBANKER PRO?
eBanker Pro ialah penyelesaian berasaskan internet yang inovatif dan komprehensif dengan ciri yang dipertingkatkan yang membolehkan anda melaksanakan transaksi kewangan dan mendapatkan maklumat akaun dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Ia adalah cara yang mudah dan selamat untuk menguruskan transaksi perbankan harian anda.
CIRI-CIRI YANG DITAWARKAN DALAM EBANKER PRO
i) Akses Tanpa Had 24/7
Memberi anda perkhidmatan dalam talian yang mudah dengan perbankan masa nyata dan kebolehaksesan akaun. Dengan eBanker Pro, anda tidak akan terlepas dan proses penyelarasan hanya dengan satu klik sahaja.
ii) Aplikasi Mudah Alih Yang Selamat
Benarkan transaksi eBanker Pro anda dengan aplikasi mudah alih Entrust Soft Token, dilengkapi dengan pengesahan dua faktor, keselamatan lapisan tambahan. Lakukan transaksi perniagaan dengan ketenangan fikiran, di mana sahaja anda berada.
iii) Pembayaran DuitNow dan JomPAY Secara Pukal
Lakukan berbilang pembayaran bil melalui JomPAY secara pukal dan pembayaran masa nyata melalui DuitNow pukal serentak dalam eBanker Pro. Jimat masa dan tanpa kerumitan.
iv) Melihat Berbilang Akaun Perniagaan Dengan Akses Tunggal
Lihat dan uruskan berbilang baki dan aktiviti akaun perniagaan dengan lebih cekap dengan satu log masuk ke eBanker Pro
CARA MEMBUAT AKAUN EBANKER PRO BAGI KELAS KAFA
1. Cara mudah buat permulaannya pergi terus kauter Bank Islam minta borang eBanker. Pihak kaunter akan memberi sedikit penerangan mengenai cara memohon ebanker ini.
2. Untuk makluman untuk memohon ebanker ini pihak KAFA perlu buat dan mohon sendiri dengan menghantar emel yang telah diberikan oleh pihak Bank Islam. Antara yang perlu dihantar melalui emel tersebut adalah :
emel : gatekeeper.ebanker@bankislam.com.my
PERKARA YANG PERLU DIHANTAR (SEELOKNYA EMEL DALAM BENTUK PDF)
- Borang ebanker
- Salinan IC penama-penama dalam akaun KAFA
- Minit mensyuarat (yang menyatakan keputusan semua AJK untuk membuat akaun online ebanker)
CARA LOGIN AKAUN EBANKER PRO
Setelah menghantar segala yang berkaitan di atas ke emel di atas, permohonan akan diproses dalam masa tiga hari bekerja.
Emel pertama adalah kepada emel penama pertama contoh guru besar (Maker - pemohon) dan emel berasingan ke emel penama kedua iaitu contoh bendahari KAFA (Authorizer - yang meluluskan).
Maker (pemohon) dan Authorizer (yang akan meluluskan) perlu mengaktifkan masing-masing e-pin yang disertakan dalam emel yang diterima seperti di bawah :
BERIKUT ADALAH CARA LOGIN PERTAMA KALI EBANKER PRO
A) CARA LOGIN KALI PERTAMA :
B) CARA RESET AKAUN (STATUS = AKTIF)
C) CARA RESET AKAUN (STATUS = BLOCK)
D) CARA MELAKUKAN BERBILANG TRANSAKSI
Maklumat Lanjut / Helpline Talian Telefon eBanker Pro
Untuk sebarang maklumat berkaitan, sila hubungi Nombor telefon Pengurus Penyelesaian eBanker Pro BIMB di talian berikut:
Bank Islam Contact Centre
Via phone at +603-26 900 900
Via email: contactcenter@bankislam.com.my
Customer Helpdesk
Via phone: +603 2782 1314/1315
Via email: admin.ebankerPro@bankislam.com.my
COMMENTS