Siri 19 Tazkirah KAFA - Ibrah Ibadah Korban

SHARE:

Pensyariatan ibadah korban adalah tanda kepatuhan kita kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Tanpa pengorbanan, sama ada jiwa dan harta benda, tidak......

Siri 19 Tazkirah KAFA - Ibrah Ibadah Haji

Ibadah korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam sehingga disyariatkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibadah ini bermula selepas solat Sunat Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan Hari-Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Pensyariatan ibadah korban telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam al-Quran menerusi surah al-Hajj ayat 34 :

Yang bermaksud: "Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka (binatang-binatang ternak yang disembelih itu). Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang tunduk taat.”

Ibadah korban ini amat disukai oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi yang bermaksud: 

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah Subhanahu Wa-Taala sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Pilihlah binatang ternakan yang paling baik untuk dikorbankan, bukan haiwan yang terlalu kurus, cacat atau sakit serta yang tidak sah untuk dibuat korban.Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri menyembelih korban dua ekor kibas yang terbaik. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

Yang bermaksud: “Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berkorban dengan dua ekor kibas putih yang bertanduk, lalu baginda mengucapkan nama Allah dan bertakbir, dan Baginda meletakkan kakinya di lambung kedua kibas tersebut (saat menyembelih). "

Pensyariatan ibadah korban adalah tanda kepatuhan kita kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Tanpa pengorbanan, sama ada jiwa dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah Subhanahu wa-Ta’ala dapat ditegakkan. Sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail ‘Alaihis Salam dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Ismail ‘Alaihis Salam yang merelakan dirinya untuk dikorbankan serta kepatuhan Siti Hajar ‘Alaihas Salam kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal bersama anaknya Nabi Ismail di tanah gersang Mekah. Ini adalah semata-mata kerana menjunjung perintah Allah Subhanahu wa-Ta’ala Yang Maha Esa.

Beberapa pengajaran lain boleh diambil melalui pensyariatan ibadah korban antaranya:

  1. Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
  2. Mendidik diri kita supaya bersabar menghadapi apa jua ujian dengan sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
  3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta pada jalan Allah Subhanahu Wata’ala.

Marilah kita bersama-sama mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Isteri Baginda Siti Hajar Alaihimu al-Salam yang sanggup mendahulukan perintah Allah Subhanahu wa-Ta’ala daripada kehendak dan kepentingan peribadimereka. Oleh itu, kita hendaklah berani berkorban meninggalkan kepentingan politik, peribadi dan lain-lain demi menjaga agama dan membela umat Islam khususnya bangsa Melayu. Hentikanlah perbalahan dan persengketaan politik yang boleh merugikan umat Islam di negara ini. Bersatulah atas kepentingan menyebar dan mempertahankan agama Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Gambar AI Image Creator Microsoft Bing

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,3,Buku,30,Guru KAFA,142,Ihtifal,11,Info KAFA,647,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,3,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,229,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 19 Tazkirah KAFA - Ibrah Ibadah Korban
Siri 19 Tazkirah KAFA - Ibrah Ibadah Korban
Pensyariatan ibadah korban adalah tanda kepatuhan kita kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Tanpa pengorbanan, sama ada jiwa dan harta benda, tidak......
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDqz-JhkyarYctinQ9iov3qUsw0u3VJbybwNYb3RAVo6o8YCdrbUcJCzpwx6L35ofIgYgehcu6Onxk1w2l1D_SnNCKT-IIEX9k5R0fJouLocZBfSZzTCo2mAUUgVGnNgVk2a4udIPtPVo-J0NKkkzdVaDLHQ8OmzFX68DdBpnGjXkEugDDRxUn0Y5sXAg/s16000/Ibadah%20Korban%20(2).jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDqz-JhkyarYctinQ9iov3qUsw0u3VJbybwNYb3RAVo6o8YCdrbUcJCzpwx6L35ofIgYgehcu6Onxk1w2l1D_SnNCKT-IIEX9k5R0fJouLocZBfSZzTCo2mAUUgVGnNgVk2a4udIPtPVo-J0NKkkzdVaDLHQ8OmzFX68DdBpnGjXkEugDDRxUn0Y5sXAg/s72-c/Ibadah%20Korban%20(2).jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/06/siri-19-tazkirah-kafa-ibrah-ibadah-haji.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/06/siri-19-tazkirah-kafa-ibrah-ibadah-haji.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :