Siri 17 Tazkirah KAFA - Keutamaan 10 Hari Terawal Zulhijjah

SHARE:

“Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari 10 terawal bulan Zulhijjah.” Para sahabat

Beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan bulan Zulhijjah. Sebahagian besar umat Islam memahami bulan Zulhijjah berkait dengan ibadat haji dan hari raya korban sahaja. Namun kita semua hendaklah menyedari bahawa bulan Zulhijjah juga mempunyai banyak kebaikan untuk umat Islam terutamanya pada 10 hari awal padanya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Fajr ayat 1 hingga 2:  Yang bermaksud : “Demi waktu fajar. Dan demi malam yang sepuluh.”  Ulama salaf seperti Ibnu Abbas menyatakan ayat ini bermaksud sepuluh hari yang awal dalam bulan Zulhijjah. Oleh itu, apabila Allah Subhanahu wa Taala bersumpah dengan sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, ia mengambarkan kepentingan dan kedudukannya yang besar di sisi Allah Subhanahu wa-Ta’ala.Marilah kita semua berazam untuk membanyakkan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wa-Taala dengan membaca al-Quran, berzikir dan juga amalan-amalan sunat yang lain. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis riwayat oleh Imam Abu Daud:  Yang bermaksud: “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari 10 terawal bulan Zulhijjah.” Para sahabat bertanya: “Sekalipun pula jihad di jalan Allah?” Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “ Ya, Sekalipun pula jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satu pun.”  Selain itu, ibadat puasa juga digalakkan untuk diamalkan pada hari-hari tersebut. Namun jika kita tiada kesempatan untuk berpuasa sembilan hari pada bulan Zulhijjah maka jangan kita abaikan untuk berpuasa pada sebahagian daripadanya lebih-lebih lagi puasa hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Kelebihan puasa hari Arafah ini dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:  Yang bermaksud: “Puasa hari ‘Arafah yang mengharapkan pahala dari Allah dapat menghapus dosa-dosa satu tahun sebelum dan satu tahun selepasnya.”  Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Zulhijjah ini dengan amalan korban. Bagi mereka yang hendak berkorban disunatkan tidak memotong kukunya,mencukur rambut, janggut dan bulu-bulu dibadannya sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis riwayat Muslim:  Yang bermaksud: “Barangsiapa yang ada sembelihan korban yang hendak disembelihnya, apabila nampak anak bulan Zulhijjah, janganlah dia memotong rambutnya dan kukunya, sehingga dia selesai berkorban.”  Rebutlah peluang besar pada bulan Zulhijjah ini. Ibnu Rejab al-Hanbali menyatakan, “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa-Ta’ala memberi pahala amalan ibadah yang berlipat kali ganda pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah berbanding hari-hari lain.”  Yang bermaksud: “ Dan orang yang berjihad dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, maka Kami akan tunjukkan kepada mereka jalanjalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan). Dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah Subhanahu wa Taala diberikan  kepada orang yang berbuat baik.”

Beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan bulan Zulhijjah. Sebahagian besar umat Islam memahami bulan Zulhijjah berkait dengan ibadat haji dan hari raya korban sahaja. Namun kita semua hendaklah menyedari bahawa bulan Zulhijjah juga mempunyai banyak kebaikan untuk umat Islam terutamanya pada 10 hari awal padanya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Fajr ayat 1 hingga 2:

Yang bermaksud : “Demi waktu fajar. Dan demi malam yang sepuluh.”

Ulama salaf seperti Ibnu Abbas menyatakan ayat ini bermaksud sepuluh hari yang awal dalam bulan Zulhijjah. Oleh itu, apabila Allah Subhanahu wa Taala bersumpah dengan sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, ia mengambarkan kepentingan dan kedudukannya yang besar di sisi Allah Subhanahu wa-Ta’ala.Marilah kita semua berazam untuk membanyakkan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wa-Taala dengan membaca al-Quran, berzikir dan juga amalan-amalan sunat yang lain. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis riwayat oleh Imam Abu Daud:

Yang bermaksud: “Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari 10 terawal bulan Zulhijjah.” Para sahabat bertanya: “Sekalipun pula jihad di jalan Allah?” Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “ Ya, Sekalipun pula jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satu pun.”

Selain itu, ibadat puasa juga digalakkan untuk diamalkan pada hari-hari tersebut. Namun jika kita tiada kesempatan untuk berpuasa sembilan hari pada bulan Zulhijjah maka jangan kita abaikan untuk berpuasa pada sebahagian daripadanya lebih-lebih lagi puasa hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Kelebihan puasa hari Arafah ini dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Yang bermaksud: “Puasa hari ‘Arafah yang mengharapkan pahala dari Allah dapat menghapus dosa-dosa satu tahun sebelum dan satu tahun selepasnya.”

Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Zulhijjah ini dengan amalan korban. Bagi mereka yang hendak berkorban disunatkan tidak memotong kukunya,mencukur rambut, janggut dan bulu-bulu dibadannya sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis riwayat Muslim:

Yang bermaksud: “Barangsiapa yang ada sembelihan korban yang hendak disembelihnya, apabila nampak anak bulan Zulhijjah, janganlah dia memotong rambutnya dan kukunya, sehingga dia selesai berkorban.”

Rebutlah peluang besar pada bulan Zulhijjah ini. Ibnu Rejab al-Hanbali menyatakan, “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa-Ta’ala memberi pahala amalan ibadah yang berlipat kali ganda pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah berbanding hari-hari lain.”

Yang bermaksud: “ Dan orang yang berjihad dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, maka Kami akan tunjukkan kepada mereka jalanjalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan). Dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah Subhanahu wa Taala diberikan kepada orang yang berbuat baik.”

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,138,Ihtifal,9,Info KAFA,641,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,228,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 17 Tazkirah KAFA - Keutamaan 10 Hari Terawal Zulhijjah
Siri 17 Tazkirah KAFA - Keutamaan 10 Hari Terawal Zulhijjah
“Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari 10 terawal bulan Zulhijjah.” Para sahabat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFaCQB6OwtjxxrzLepj3_IS2y6vuEMU99zDBGgkLjo9NhQ7kF-4_fNkoDLIrRlDT0WjoVrXMOWvpAzIoSoRIpDKzcvLuxi3JYshsMjWf9DrwuXovz9R38xBJBSTHV7XrPQSf5zBv9oFeM-Eb2zGGIwUn0EaVijYKIverpYoh0cfJrVDtnZzhHyo6Mr/s16000/20230609_210616.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFaCQB6OwtjxxrzLepj3_IS2y6vuEMU99zDBGgkLjo9NhQ7kF-4_fNkoDLIrRlDT0WjoVrXMOWvpAzIoSoRIpDKzcvLuxi3JYshsMjWf9DrwuXovz9R38xBJBSTHV7XrPQSf5zBv9oFeM-Eb2zGGIwUn0EaVijYKIverpYoh0cfJrVDtnZzhHyo6Mr/s72-c/20230609_210616.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/06/siri-17-tazkirah-kafa-keutamaan-10-hari.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/06/siri-17-tazkirah-kafa-keutamaan-10-hari.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :