Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Lestari dengan kerjasama Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan telah mengadakan lawatan ke tapak Ihtifal KAFA
Bagi mempastikan acara Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan Lestari 2023 berjalan lancar AJK Bertindak iaitu Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Lestari dengan kerjasama Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan telah mengadakan lawatan ke tapak Ihtifal KAFA bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok Kuantan yang akan berlangsung pada Sabtu 17 Jun 2023.
Urusetia Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan terdiri daripada Penyelia-Penyelia KAFA Daerah, AJK Pergukafa Kuantan dan sebahagian Guru-Guru KAFA turut terlibat dalam melancarkan persiapan ihtifal ini.
Ketibaan kami telah disambut oleh Ustaz Sufian Shahidullah bin Yusoff dan Ustazah Salmah binti Mat Yusoff selaku penyelaras Ihtifal KAFA di sana. Alhamdulillah kami telah di bawa melawat ke semua tempat / dewan acara yang akan berlangsung nanti.Semoga ianya akan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Terima kasih Ustaz Sufian dan Ustazah Salmah atas layanan sewaktu kami berkunjung ke sana.
Gambar-Gambar Sekitar Lawatan :
Jumpa di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok pada sabtu yekkk...
COMMENTS