Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan Lestari ini adalah kerjasama antara Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dengan Persatuan Guru-Guru SAR...
Alhamdulillah selesai sudah Ihtifal KAFA Intifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan Lestari Tahun 2023 yang telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok Kuantan.
Majlis Ihtifal bermula jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan taklimat hakim. Acara di semua tepat bermula tepat jam 8.30 pagi.
Acara Intifal tamat kira-kira jam 12.30 tengahari. Majlis penutup dan perasmian serta penyampaian hadiah bermula jam 12.45 tengahari. Majlis Ihtifal KAFA ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Qadhi Kuantan Tuan Haji Syarifuddin Bin Mohamad Sa'ad, AMP. turut hadir bersama Timbalan Qadhi Tuan Haji Muhammad Asri bin Razak, Tuan Haji Wan Ismail Bin Wan Ibrahim Pegawai Eksekutif APIB, Pengerusi Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Kuantan Ustaz Harmizi Bin Hanafi.
Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan Lestari ini adalah kerjasama antara Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dengan Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan. Tahniah dan terima kasih kepada Penyelia-Penyelia KAFA Daerah Kuantan Lestari, Ketua-ketua Zon, AJK Persatuan dan semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Majlis Ihtifal ini.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok Kuantan selaku tuan rumah kepada Majlis Ihtifal KAFA Daerah Kuantan Lestari 2023 kali ini.
Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan, hampir 250 perserta dari 27 buah KAFA telah menyertai Ihtifal KAFA peringkat daerah Kuantan 2023 ini.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar dan video dari lensa admin sekitar penutup dan penyampaian hadiah Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2023 :
[next]
[next]
[next]
[next]
Video juara nasyid peringkat daerah Kuantan Lestari 2023
Gambar-gambar sekitar sekitar Majlis Ihtifal KAFA Kuantan Lestari 2023, sila klik link di bawah :
COMMENTS