Semalam selesai Ihtifal KAFA Kuantan Lestari, Alhamdulillah hari ini 18 Jun 2023 telah selesai Ihtifal KAFA Kuantan Barat 2023. Ihtifal ini ...
Semalam selesai Ihtifal KAFA Kuantan Lestari, Alhamdulillah hari ini 18 Jun 2023 telah selesai Ihtifal KAFA Kuantan Barat 2023. Ihtifal ini telah berlangsung di Universiti Malaysia Pahang di Gambang.
Sebanyak 70 buah KAFA dari 75 buah KAFA dengan seramai 440 peserta telah menyertai Intifal KAFA Kuantan Barat ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Qadhi Kuantan Barat Tuan Haji Badaruddin Ahmad Bustamin, AMP. turut hadir Prof Madya Dr. Rashidi bin Abbas, Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang dan Pengerusi Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan iaitu Ustaz Harmizi bin Hanafi.
Tahniah kepada semua pemenang dan kepada semua yang telah menjayakan Ihtifal KAFA Kuantan Barat ini.
Gambar-gambar sekitar acara Ihtifal KAFA Kuantan Barat dari lensa perkongsian rakan-rakan yang hadir di sana :
InsyaAllah jumpa di peringkat negeri pula pada 22 dan 23 Julai ini nanti di Kuantan.
COMMENTS