Siri 16 Tazkirah KAFA - Amalan Bulan Syawal

SHARE:

Bulan Ramadan telah berlalu dan kita mengharapkan agar Allah Subhanahu wa Ta'ala menerima seluruh amal soleh yang kita lakukan. Berakhir...

Amalan di Bulan Syawal

Bulan Ramadan telah berlalu dan kita mengharapkan agar Allah Subhanahu wa Ta'ala menerima seluruh amal soleh yang kita lakukan. Berakhirnya Ramadan bukan bererti kita akan meninggalkan amalan baik tersebut. Sebagai seorang mukmin kita terus istiqamah melakukan semua amal ibadat sehingga ke akhir hayat. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam surah al-Fussilat ayat 30,

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata, “Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul) akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham),” Janganlah kamu takut dan berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan memperolehi syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”.

Ingatlah, sesungguhnya kejayaan kita melakukan ibadat dalam bulan Ramadan seperti mengimarahkan masjid dengan solat lima waktu, solat terawih, membaca dan bertaddarus al-Quran, bersedekah, berbuka beramai-ramai dan lain-lain ibadat adalah nikmat besar anugerah Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita. Oleh itu kedatangan syawal yang kita sambut dengan penuh kegembiraan ini adalah sebagai tanda syukur kepada kejayaan menjadi hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang sentiasa mengingati-Nya sepanjang masa. Adalah tidak patut masjid yang kita imarahkan pada bulan Ramadan tiba-tiba kembali menjadi sunyi. Al-Quran yang menjadi teman rapat pada bulan Ramadan tiba-tiba semakin terasing daripada kita. Solat sunat tahajud yang ringan dan mudah kita lakukan tiba-tiba semakin jauh dari kita. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan kekuatan kepada kita semua untuk terus beristiqamah mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala walaupun Ramadan telah berlalu. Ingatlah, istiqamah dan berterusan melakukan ibadat selepas Ramadan adalah tanda ibadat kita pada bulan Ramadan telah diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Oleh itu, kedatangan Syawal adalah peluang untuk kita membuktikan kesyukuran kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan terus melakukan amal ibadat. Sebab itu digalakkan kita untuk berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal agar diri kita sentiasa dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jangan kita abaikan puasa sunat ini kerana ganjarannya amat besar sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Imam Muslim,

Yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari puasa pada bulan Syawal, maka itu adalah seperti puasa sepanjang tahun.”

Jika amalan solat terawih pada malam Ramadan telah berlalu, maka ketahuilah bahawa solat malam masih boleh diteruskan pada setiap malam sepanjang tahun. Berusahalah untuk melakukan qiamullail pada setiap malam walaupun sekadar tiga rakaat solat sunat witir. Begitulah juga dengan amal ibadat yang lain, semoga Ramadan yang kita lalui menjadi kekuatan untuk kita terus istiqamah membaca al-Quran, berzikir, bersedekah dan mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah lima waktu.

Pada bulan syawal ini, kita umat Islam di negara ini menjadi kebiasaan untuk meneruskan amalan ziarah menziarahi sesama saudara mara dan rakan taulan. Ini adalah amalan yang baik kerana dapat mengeratkan tali persaudaraan Islam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis Riwayat al-Hakim yang bermaksud:

Yang bermaksud: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambunglah tali silaturahim , solatlah malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan memasuki syurga dengan tenang.”

Namun begitu, ketika menziarahi hendaklah kita sekeluarga berusaha menjaga adab-adab berziarah supaya amalan baik yang kita lakukan mendapat pahala serta tidak membawa kepada dosa dan sia-sia. Oleh itu marilah, kita menasihati kaum keluarga agar menjaga aurat ketika berziarah, tidak berhias keterlaluan dan bersalam dengan mahram sahaja. Gunakanlah kesempatan untuk bertegur sapa dengan muka yang manis agar hubungan persaudaraan terus terjalin. Elakkan diri kita dan kaum keluarga daripada menggunakan handphone dengan melayari laman sosial dan bermain Video Game di hadapan kaum kerabat dan saudara mara. Perbuatan ini akan mendukacitakan hati mereka dan menjadi amalan ziarah ini yang sia-sia. 

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Sumber Khutbah Jumaat Jabatan Mufti Negeri Pahang (28/4/2023)

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,3,Buku,30,Guru KAFA,142,Ihtifal,11,Info KAFA,647,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,3,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,229,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 16 Tazkirah KAFA - Amalan Bulan Syawal
Siri 16 Tazkirah KAFA - Amalan Bulan Syawal
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-seDpryeaEdpT9SIGRfvhWC5vyphkLKJBpHTE955zYF1DuHvFo2OcMk7J_VOfRSRe6rK9QaEav3S68F8K8yh90K6royDn_lJc1n6hpQfy3Xsk0Q-OziSJ7TqEwV1brr_Zf8HEz01S4aT7gFhe3PKWwdz180uxHePR-yiVmHkQYpR9UVMOdeG67Xdf/s16000/amalan%20di%20bulan%20syawal.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-seDpryeaEdpT9SIGRfvhWC5vyphkLKJBpHTE955zYF1DuHvFo2OcMk7J_VOfRSRe6rK9QaEav3S68F8K8yh90K6royDn_lJc1n6hpQfy3Xsk0Q-OziSJ7TqEwV1brr_Zf8HEz01S4aT7gFhe3PKWwdz180uxHePR-yiVmHkQYpR9UVMOdeG67Xdf/s72-c/amalan%20di%20bulan%20syawal.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/04/siri-16-tazkirah-kafa-amalan-bulan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/04/siri-16-tazkirah-kafa-amalan-bulan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :