Dark Mode Fungsi Terkini dalam Laman Web Pergukafa Kuantan

SHARE:

Anda hanya perlu mengetik butang matahari dan bulan di atas portal ini sebelah butang pencarian atau anda boleh lihat shorts video di bawah sebagai...

dark mode in blogspot

Dark Mode atau mod gelap sebenarnya bukan perkara baharu untuk pengguna telefon pintar atau komputer. Berbeza dengan mod biasa yang cerah atau terang, mod gelap akan melaraskan paparan skrin supaya latar belakang gelap supaya sedap mata memandang, terutamanya apabila peranti dikendalikan pada waktu malam.

Pada asasnya mod gelap akan mengurangkan cahaya yang dipancarkan oleh skrin, tetapi masih mengekalkan warna minimum supaya setiap teks masih dibaca dengan jelas. Selain daripada mod gelap, tetapan ini juga biasa dikenali sebagai dark mode, tema gelap atau mod malam.

Mod ini disokong oleh pelbagai peranti seperti sistem pengendalian (OS), termasuk iPhone dan telefon pintar Android. Beberapa OS untuk komputer juga menawarkan pilihan yang sama, jadi pengguna boleh menggunakan mod gelap pada laptop dan desktop.

Dark Mode berasal dari Komputer lama?


Teknologi dark mode sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana skrin komputer zaman dulu-dulu ketika mula diperkenalkan komputer ni juga sudah menggunakan ciri yang kini dipanggil mod gelap.

Contoh peranti yang dipanggil Teleteks (seperti gambat di bawah) memaparkan teks kuning pada latar belakang skrin hitam, jadi pengguna perlu mengeliat untuk melihat teks.

dark mode teleteks
Dark mode yang pernah digunakan dalam Teleteks dan siapa ingat mIRC Chat dulu-dulu bermakna anda dah berusia 50 tahun ke atas (ASL PLS) 😁😁😁😁

Mirc chat
mIRC ni la moyang asal WhatsApp sekarang ni... Generasi sekarang tak kenal dah bende ni.... Nak ngabonya dulu-dulu pun dah guna tema dark mode ni... sekarang kembali popular mode gelap dengan pilihan dwi fungsi atas keselesaan dan kegemaran masing-masing.

Tetapi lama-kelamaan, untuk menggalakkan orang biasa menggunakan komputer, akhirnya antara muka komputer dilaraskan semula agar menyerupai kertas dan memaparkan teks dengan jelas seperti tulisan hitam di atas kertas putih.

Apakah faedah Dark Mode?


Sesetengah pakar menganggap mod gelap adalah lebih sihat dan lebih mudah untuk pengguna membaca teks daripada skrin dengan latar belakang gelap, kerana ia mengurangkan ketegangan mata.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kebaikan dan keburukan mengenai penilaian ini kerana teks yang dipaparkan dalam mod gelap boleh kelihatan pudar, yang menyebabkan mata mudah letih.

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan mod gelap.

  1. Kelebihan dark mode Lebih selesa digunakan ketika pengguna berada di kawasan kurang cahaya contohnya di dalam bilik tidur pada waktu malam atau di panggung wayang supaya tidak mengganggu orang lain.
  2. Cahaya biru yang dipancarkan menjadi kurang
  3. Hanya menjimatkan bateri kerana ia menggunakan lebih sedikit kuasa Mengurangkan ketegangan mata
  4. Sesetengah pakar mengatakan mod gelap boleh membantu orang yang sensitif kepada cahaya atau mengalami masalah penglihatan

Dark Mode dalam Pergukafa Kuantan


Dalam mengikut perkembangan semasa teknologi terkini, boleh dikatakan semua aplikasi dah ada fungsi dark mode seperti Facebook, Instagram, YouTube hatta android maupun iphone.

Jadinya laman sesawang Pergukafa Kuantan juga telah dinaik taraf dengan menyediakan fungsi dark mode bagi menyatakan kami guru KAFA juga tidak ketinggal zaman dalam membina teknologi sebagai kemudahan pada pelawat laman sesawang ini.

Mode ini berfungsi disemua tempat (Telefon dan juga Laptop).

Anda hanya perlu mengetik butang matahari dan bulan di atas portal ini (untuk tukar mode) sebelah butang pencarian atau anda boleh lihat shorts video di bawah sebagai panduan :


Semoga bermanfaat untuk semua....

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Dark Mode Fungsi Terkini dalam Laman Web Pergukafa Kuantan
Dark Mode Fungsi Terkini dalam Laman Web Pergukafa Kuantan
Anda hanya perlu mengetik butang matahari dan bulan di atas portal ini sebelah butang pencarian atau anda boleh lihat shorts video di bawah sebagai...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRodL_M5LrKjNNd83wgz-2xYA2hEr3mEbB6cvFgF94fka54ia3ZqDtN5gbmIvre1DM4aapxfAe1m2PPELQuLoXy28JpHWND2vddtcCYTe3VDYY9Qd61QqCIw45D7YVgkwpinjEbP_5DwgTtMxky88XvPS-NJGIWfce5oB2t85Uq2DaenWHU5BQDxvS/s16000/dark%20mode%20blogspot.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRodL_M5LrKjNNd83wgz-2xYA2hEr3mEbB6cvFgF94fka54ia3ZqDtN5gbmIvre1DM4aapxfAe1m2PPELQuLoXy28JpHWND2vddtcCYTe3VDYY9Qd61QqCIw45D7YVgkwpinjEbP_5DwgTtMxky88XvPS-NJGIWfce5oB2t85Uq2DaenWHU5BQDxvS/s72-c/dark%20mode%20blogspot.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/03/dark-mode-fungsi-terkini-dalam-laman.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/03/dark-mode-fungsi-terkini-dalam-laman.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :