Tahniah di atas perlantikan Al-Fadhil Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad sebagai Qadhi Daerah Kuantan yang baru berkuatkuasa pada 1...
Tahniah di atas perlantikan Al-Fadhil Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad sebagai Qadhi Daerah Kuantan yang baru berkuatkuasa pada 16 Februari 2023. Untuk makluman, Al-Fadhil Tuan Qadhi sebelum ini bertugas sebagai Qadhi daerah Jerantut.
Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Qadhi Daerah Kuantan sebelum ini akan bertugas sebagai Imam Besar di Masjid Negeri Kuantan. Kami daripada Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah selama mana tuan bertugas di Kuantan ini dahulu.
Kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) juga mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada Al-fadhil Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad ke Daerah Kuantan ini. Semoga dengan adanya Al-Fadhil Tuan dapat meningkatkan lagi pretasi dan pencapaian KAFA terutama terhadap guru-guru dan seluruh pelajar KAFA amnya.
COMMENTS