Siri 10 Tazkirah KAFA - Keistimewaan Bulan Syaaban

SHARE:

Sempena kedatangan bulan Syaaban pada tahun ini marilah kita berazam untuk memperbanyakkan amalan seperti puasa sunat, berzikir, membaca al-Quran dan

Keistimewaan Bulan Syaaban

Syaaban merupakan bulan kelapan dalam tahun hijriah, ia berada antara bulan Rejab dan Ramadan. Sesungguhnya Syaaban merupakan bulan yang mempunyai keistimewaan yang banyak. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak melepaskan peluang keistimewaannya untuk mencari keredaan dan rahmat Allah Subhanahu wa-Ta’ala pada bulan ini. Baginda memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Syaaban. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Saidatuna Aisyah RadiAllahu Anha berkata :

hadis

Yang bermaksud : “…Dan aku juga tidak pernah melihat baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada bulan Syaaban”.

Daripada Usamah bin Zaid RadiAllahu Anhu, beliau berkata: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan  sebagaimana engkau berpuasa dalam bulan Sya’ban? Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Yang bermaksud : “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (AllahSubhanahu wa-Ta’ala), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”.

Sempena kedatangan bulan Syaaban pada tahun ini marilah kita berazam untuk memperbanyakkan amalan seperti puasa sunat, berzikir, membaca al-Quran dan solat-solat sunat khususnya membiasakan diri untuk hadir solat berjemaah di masjid. Oleh itu ajaklah keluarga dan rakan taulan untuk bersama beribadah pada bulan Syaaban yang mulia ini, moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lalai daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya perbuatan mengajak dan menyeru untuk bersama-sama melaksanakan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala adalah amalan yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah an-Nisa’ ayat 114:

ayat 114

Yang bermaksud : “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

Pada bulan Syaaban khususnya pada malam Nisfu Syaaban, kita digalakkan supaya memperbanyakkan Istighfar kerana keampunan Allah Subhanahu wa-Ta’ala terbentang seluas-luasnya. Marilah kita mengambil peluang ini memohon keampuan daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta memaafkan kesalahan sesama kita: Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah Nuh ayat 10:

ayat 10

Yang bermaksud : Maka aku ( Nabi Nuh) berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun”

Daripada Mu’az bin Jabal RadiAllahu Anhu, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

hadis

Yang bermaksud : “Allah melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

Selain itu juga, kita digalakkan memperbanyak berdoa semasa malam nifsu Syaaban kerana malam tersebut adalah malam yang dimustajabkan doa oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie RadiAllahu Anhu dalam kitab al-Umm yang bermaksud: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban”.

Amalan beramal ibadat dengan membaca al-Quran iaitu surah Yasin, beristighfar, berzikir, berdoa dan lain-lain ibadah adalah termasuk menghidupkan malam Nifsu Syaaban, ini adalah amalan para Tabi’in sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Rajab RadiAllahu Anhu yang mengatakan: “Berkaitan malam Nisfu Syaaban, pada zaman dahulu para Tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para Tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”

Sesungguhnya amalan pada malam Nifsu Syaaban walaupun tidak dinyatakan secara khusus oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini dengan membaca Yasin dan berdoa namun ia tidak bertentangan dengan dalil umum Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri memperbanyakkan amal ketaatan dengan ibadah puasa, berzikir, membaca al-Quran, qiamulail, beristighfar dan berdoa.Firman Allah Subhanahu Wa Taala Surah Fussilat ayat 33:

a'uzubillah
ayat 33

Yang bermaksud : Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”

Sumber daripada khutbah Jumaat terbitan Jabatan Mufti Negeri Pahang (24/02/2023)

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,2,Buku,30,Guru KAFA,140,Ihtifal,10,Info KAFA,645,Jadual,36,JAIP,119,JAKIM,135,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,228,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 10 Tazkirah KAFA - Keistimewaan Bulan Syaaban
Siri 10 Tazkirah KAFA - Keistimewaan Bulan Syaaban
Sempena kedatangan bulan Syaaban pada tahun ini marilah kita berazam untuk memperbanyakkan amalan seperti puasa sunat, berzikir, membaca al-Quran dan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi80zQ_4dygqhbVODUkTU55wtxCYQmaE7jl4KHN11oEqGteLohqn9fHJ55uU6m6lsTXGuW80lWXt7xI9cWvlTs099VEQuoEqLWNPF_vOEYZ5uN7ytZY9djvpT_uheXMfxqmAs4PVUDWfw0gGscS5ad4fBin8EGtm1nkwTkmBcX1Yf_Xlr_an6pWYu-L/s16000/keistimewaan%20bulan%20syaaban.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi80zQ_4dygqhbVODUkTU55wtxCYQmaE7jl4KHN11oEqGteLohqn9fHJ55uU6m6lsTXGuW80lWXt7xI9cWvlTs099VEQuoEqLWNPF_vOEYZ5uN7ytZY9djvpT_uheXMfxqmAs4PVUDWfw0gGscS5ad4fBin8EGtm1nkwTkmBcX1Yf_Xlr_an6pWYu-L/s72-c/keistimewaan%20bulan%20syaaban.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/02/siri-10-tazkirah-kafa-keistimewaan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/02/siri-10-tazkirah-kafa-keistimewaan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :