bertujuan untuk membuka ruang kepada jemaah tetap serta jemaah tempatan untuk beriktikaf. Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk menyantuni....
InsyaAllah pagi esok 𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗥𝗮𝗯𝘂), pihak masjid akan mengadakan 𝐐𝐢𝐚𝐦𝐦𝐮𝐥𝐥𝐚𝐢𝐥 dan 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐒𝐮𝐛𝐮𝐡. Seterusnya, penyampaian 𝐭𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬 daripada Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah.
Ini adalah kerana Pentadbiran Masjid Negeri menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Pahang bagi 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝟮𝟰 𝗷𝗮𝗺.
Ia bertujuan untuk membuka ruang kepada jemaah tetap serta jemaah tempatan untuk beriktikaf. Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk menyantuni dan menyediakan ruang kepada jemaah musafir, pengunjung dan pelancong untuk solat serta memanfaatkan kemudahan-kemudahan lain.
Sepanjang pembukaan 24 jam ini, pihak masjid mensasarkan kekerapan aktiviti seperti Iktikaf, qiamullail serta santunan musafir.
Pentadbiran Masjid Negeri telah mengambil langkah-langkah dalam menyusun tatacara perjalanan pembukaan masjid secara 24 jam dengan mengambil kira kawalan keselamatan pengunjung dan jemaah dalam tempoh berkenaan.
Justeru itu, seluruh keluarga Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan meraikan kedatangan para jemaah dan seluruh masyarakat majmuk untuk sama-sama mengimarahkan lagi masjid kita.
Sarapan pagi ada disediakan.
COMMENTS