Siri 6 Tazkirah KAFA - Bermuamalat Patuh Syariah

SHARE:

Umat Islam digalakkan untuk berhati-hati dengan mata wang kripto ini. Pastikan semua butiran produk diperincikan dengan tepat dan difahami, dan....

Bermuamalat Patuh Syariah

Dalam Islam, muamalat ialah aktiviti yang melibatkan perhubungan manusia dengan manusia antaranya ialah urus niaga untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariah yang melibatkan ekonomi dan sosial Islam.

Sekarang, muamalat lebih kerap digunakan untuk aktiviti dalam sistem kewangan dan ekonomi Islam. Manusia diberikan kelonggaran untuk menghasilkan produk baru dalam jual beli, selagi mana tidak membabitkan elemen haram seperti riba dan penipuan. Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 275 :

doa dijauhkan dari syaitan
al-baqarah

Yang bermaksud: “Mereka yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri tegak (ketika bangkit dari kubur mereka)melainkan berdiri seperti orang yang kerasukan Syaitan. Keadaan mereka sebegitu kerana mereka mengatakan," Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” Padahal Allah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Bagi sesiapa yang telah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya lalu terus berhenti (daripada mengambil riba), maka apa-apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) menjadi miliknya dan urusannya(terserah) kepada Allah. Bagi orang yang terus mengulanginya pula (mengambil riba), mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya.”

Antara produk baru dalam sistem muamalat moden ialah mata wang kripto. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-117 berpandangan harus hukumnya menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital seperti kripto sama ada sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang dan aset simpanan, tetapi dengan syarat yang amat ketat dan diluluskan oleh Bank Negara.

Sebagaimana mata wang yang lain, mata wang digital hendaklah tidak digunakan sebagai bayaran kepada barangan, perkhidmatan dan aktiviti tidak patuh Syariah seperti pembelian dadah, pelacuran, perjudian dan pendanaan aktiviti keganasan serta penggubahan wang haram.

Umat Islam digalakkan untuk berhati-hati dengan mata wang kripto ini. Pastikan semua butiran produk diperincikan dengan tepat dan difahami, dan sekiranya ada keperluan untuk menggunakannya, semak status syariah syarikat perantara berkenaan.

Selain itu, terdapat juga sebahagian umat Islam yang terlibat dalam forex, atau perdagangan mata wang. Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hukum perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara tunai melalui Platfom Elektronik adalah haram kerana mengandungi unsur-unsur riba. Begitu juga jual beli dalam pemberian hutang yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran dan penjualan mata wang yang tiada pegangan serta spekulasi yang melibatkan perjudian juga adalah haram.

Selain itu, ia juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Maka, umat Islam perlu menghentikan penglibatan dalam forex, kerana ia bercanggah dengan syarak dan undang-undang negara. Marilah kita bersama-sama memastikan wang kita suci dan bersih daripada riba dan gharar (penipuan), agar kehidupan kita sentiasa mendapat reda dan berkat daripada Allah Subhanahu wa Taala.

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 278:

surah al-baqarah

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yang beriman.”

Sumber Khutbah Jumaat : Jabatan Mufti Negeri Pahang (27/1/2023)

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 6 Tazkirah KAFA - Bermuamalat Patuh Syariah
Siri 6 Tazkirah KAFA - Bermuamalat Patuh Syariah
Umat Islam digalakkan untuk berhati-hati dengan mata wang kripto ini. Pastikan semua butiran produk diperincikan dengan tepat dan difahami, dan....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL88QyajPW4s69uC8SOljkBLb4aAzia-Qw1FxASoGQhkPhEgfpI5iPhA1kACBlH1e0siZq6wXLrOUnUQ1A6IYkkBi8cJYnjdAm_UUBp5loE8zPj-iVe9f6nEGqYbvsnqemm1Sb_u_LmRMNYRbtfEtg9o6SH0J8k8hXlGgGcSHwx0A1Mxp3Ku6CXOyv/w640-h360/tazkirah.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL88QyajPW4s69uC8SOljkBLb4aAzia-Qw1FxASoGQhkPhEgfpI5iPhA1kACBlH1e0siZq6wXLrOUnUQ1A6IYkkBi8cJYnjdAm_UUBp5loE8zPj-iVe9f6nEGqYbvsnqemm1Sb_u_LmRMNYRbtfEtg9o6SH0J8k8hXlGgGcSHwx0A1Mxp3Ku6CXOyv/s72-w640-c-h360/tazkirah.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/01/siri-6-tazkirah-kafa-bermuamalat-patuh.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/01/siri-6-tazkirah-kafa-bermuamalat-patuh.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :