Siri 4 Tazkirah KAFA - Pengurusan Harta Pusaka

SHARE:

Adalah menjadi tanggungjawab waris untuk memastikan harta peninggalan si mati dapat difaraidkan dan diagihkan pembahagian mereka mengikut hukum....


 Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah An-Nisa, ayat 29:


Yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan (menggunakan) harta sesama kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali melalui perniagaan yang dilakukan atas dasar reda meredai (suka sama suka) antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sesama sendiri! Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”

Apabila seseorang itu meninggal dunia, segala harta benda yang dimiliki semasa hidup di dunia ini pasti tidak akan dibawa bersama. Biarpun hartanya melimpah ruah sekalipun, ia tetap akan ditinggalkan. Semua itu akan menjadi harta pusaka kepada waris-waris yang berhak terhadap harta tersebut. Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mempunyai nilai, sama ada harta tak alih seperti rumah dan tanah, atau harta alih iaitu wang ringgit, saham, barang kemas, polisi insurans, dividen yang terbit daripada hartanya, dan sebagainya yang ditinggalkan setelah kematiannya.

Islam mengajar kita cara menguruskan harta pusaka dengan baik dan betul, namun sesetengah umat Islam masih sukar memahami dan melaksanakannya. Ilmu pengurusan harta pusaka disebut sebagai ilmu faraid yang mesti difahami serta mengetahui cara-cara dan prosedur permohonan pembahagian harta pusaka mengikut syarak dan perundangan yang ada di Malaysia. Kelewatan dalam mengurus pembahagian harta pusaka menyebabkan waris-waris tidak mengetahui kedudukan hak harta pusaka mereka sebagai ahli waris yang betul kepada si mati.

Adalah menjadi tanggungjawab waris untuk memastikan harta peninggalan si mati dapat difaraidkan dan diagihkan pembahagian mereka mengikut hukum syarak, setelah terlebih dahulu menyelesaikan segala hutang-piutang dan wasiat si mati yang wajib disegerakan. Kita wajib menjaga harta pusaka kerana ia termasuk dalam maqasid syar’iyyah iaitu menjaga harta setiap individu supaya terpelihara.

Di negeri kita, pengurusan harta pusaka bermula dengan mendapatkan Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah bagi pengesahan pembahagian kepada wariswaris yang berhak menerima harta pusaka mengikut hukum syarak, sebelum di bawa ke Bahagian Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan untuk urusan seterusnya

Kelewatan menyelesaikan pengagihan harta pusaka selepas berlakunya kematian akan mengakibatkan harta menjadi beku dan terbiar serta kesukaran dalam pembahagian harta kepada waris-waris yang berhak mengikut faraid yang boleh menyebabkan harta tersebut dibahagikan secara batil.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi

Yang bermaksud: “Pelajarilah ilmu faraid, kerana ia termasuk bahagian dari agamamu dan setengah dari ilmu. Ilmu ini adalah yang pertama kali akan dicabut dari umatku.”

Dan akhirnya, marilah kita membahagikan harta si mati mengikut ilmu faraid bukan dengan kaedah yang lain yang bercanggah dengan syarak supaya hidup kita diberkati dan diredai Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 188:


Yang Bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orangorang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”


Sumber Asal Khutbah Jumaat : 
Jabatan Mufti Negeri Pahang 
(13/01/2023)

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,652,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,53,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 4 Tazkirah KAFA - Pengurusan Harta Pusaka
Siri 4 Tazkirah KAFA - Pengurusan Harta Pusaka
Adalah menjadi tanggungjawab waris untuk memastikan harta peninggalan si mati dapat difaraidkan dan diagihkan pembahagian mereka mengikut hukum....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh00azBvapnE2ssVRgalykO5tdK9215SGuloiHL3A5UNGQymS8KLYqd7ndJErFnLTPvbcPufX1GWlOXe5xUfvlHEaluRjey3M_LOH3qH-YMVcB5NjctZlz0Ny0cRyPawXzIxVgDK0SpaWEcEElGMIIe5-rzVZWl2GF3bwcks3uNSrQJ02P6eTGbhV5Q/w640-h360/tazkirah.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh00azBvapnE2ssVRgalykO5tdK9215SGuloiHL3A5UNGQymS8KLYqd7ndJErFnLTPvbcPufX1GWlOXe5xUfvlHEaluRjey3M_LOH3qH-YMVcB5NjctZlz0Ny0cRyPawXzIxVgDK0SpaWEcEElGMIIe5-rzVZWl2GF3bwcks3uNSrQJ02P6eTGbhV5Q/s72-w640-c-h360/tazkirah.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/01/siri-4-tazkirah-kafa-pengurusan-harta.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/01/siri-4-tazkirah-kafa-pengurusan-harta.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :