Tujuan anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada Guru dan Penyelia KAFA di atas komitmen yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka....
Tahniah daripada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) kepada Ustaz Harmizi Bin Hanafi atas Anugerah Cemerlang Guru KAFA Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
Anugerah Cemerlang Guru KAFA ini adalan anjuran JAKIM sempena Majlis Anugerah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang adakan seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 27 dan 28 Julai 2022
Masa : 8:00 malam
Tempat : Grand Ballroom, Aras 3, Hotel Geno, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya Selangor.
Tujuan anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada Guru dan Penyelia KAFA di atas komitmen yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam KAFA.
Ustaz Harmizi Bin Hanafi dari SAR KAFA Al-Ubudiah Al-Jariah Taman Guru dan Ustazah Fauzita Binti Mohamad Talhah dari SAR (F) Bukit Puchong mewakili Negeri Pahang. Mereka adalah antara 28 orang Guru KAFA dari seluruh Malaysia yang menerima Anugerah Cemerlang Guru KAFA ini.
Antara lain anugerah yang disediakan bagi penghargaan kepada Guru dan Penyelia KAFA adalah :
- Angerah Cemerlang Guru KAFA (Lelaki & Perempuan) 28 orang.
- Anugerah Khidmat Setia Guru KAFA (Lelaki & Perempuan) 28 orang.
- Anugerah Penyelia KAFA Cemerlang (Lelaku & Perempuan) 28 orang.
- Cenderahati Penyelia KAFA yang Bersara Wajib - 11 orang.
- Anugerah Khas Guru KAFA Cemerlang Peringkat Kebangsaan - 1 orang.
- Anugerah Khas Khidmat Setia Guru KAFA Peringkat Kebangsaan - 1 orang.
- Anugerah Khas Penyelia KAFA Peringkat Kebangsaan - 1 orang.
Alhamdulillah dan tahniah kepada Ustaz Harmizi dan Ustazah Fauzita, juga tahniah kepada pihak JAKIM kerana menganjurkan majlis sebegini untuk meraikan dan mengiktiraf jasa-jasa guru KAFA dalam memberi sumbangan kepada masyarakat sejak dahulu lagi.
COMMENTS