Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dijalankan dengan sempurna. Berusaha untuk meningkatkan dan membela nasib guru-guru KAFA Negeri Pahang ini.
Kami daripada Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pergukafa Kuantan kerana terpilih sebagai Yang Dipertuan Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang bagi sesi 2022 - 2024.
Semoga dengan perlantikan ini dapat membawa satu arus perubahan kepada PEGUSAKAPA ini nanti. Kami Pergukafa Kuantan dan Guru SAR KAFA Kuantan menyokong penuh dan akan berusaha membantu serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ustaz Harmizi yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pergukafa Kuantan dan juga YDP PEGUSAKAPA baru ini.
Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dijalankan dengan sempurna. Berusaha untuk meningkatkan dan membela nasib guru-guru KAFA Negeri Pahang ini seterusnya membawa kecemerlangan buat SAR KAFA seluruh negeri Pahang ini.
COMMENTS