YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah JAKIM Baharu

SHARE:

YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff telah dilantik oleh pihak kerajaan sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baharu berkuatkuasa 21 Mac 2022.

YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah JAKIM Baharu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa  YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff telah dilantik oleh pihak kerajaan sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baharu berkuatkuasa 21 Mac 2022. Pelantikan beliau adalah bagi mengisi jawatan tersebut yang telah dikosongkan oleh penyandang sebelumnya iaitu YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh yang telah bersara wajib pada bulan November tahun lalu.

YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM yang paling kanan sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1990 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Human Resources Development dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2001. 

Beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan apabila mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1992 dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. 

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah : 
  1. Penolong Pengarah, Bahagian Penerbitan, BAHEIS, JPM 1992 – 1995 
  2. Penolong Pengarah, Bahagian Urusetia 2 BAHEIS, JPM 1995 - 1997 
  3. Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, 1997 - 2003 
  4. Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM 2003 – 2008 
  5. Ketua Penolong Pengarah, ILIM 2008 - 2009 
  6. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM 2011 - 2012 
  7. Pengarah, Bahagian Hab Halal, JAKIM 2012 - 2016 
  8. Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM 2016 - 2018 
  9. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM Oktober 2018 hingga 20 Mac 2022 
4. Jabatan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memperakukan pelantikan beliau. Jabatan  percaya, berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam, beliau mampu menerus dan  mempertingkatkan kecemerlangan JAKIM selaku agensi agama Islam di peringkat Persekutuan di samping memperkukuhkan hubungan dan  jalinan kerjasama dengan agensi agama Islam di peringkat persekutuan dan Negeri.

Tahniah daripada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) Semoga dengan pelantikan Ketua Pengarah yang baharu ini dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif dan berdaya saing di peringkat global.

Sumber: FB JAKIM

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah JAKIM Baharu
YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah JAKIM Baharu
YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff telah dilantik oleh pihak kerajaan sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baharu berkuatkuasa 21 Mac 2022.
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhN4p-L6n6f7v6RhaIRmB9bSO4aPPT_zTG7MMW4VG2_bmIlW_XMTrHFKvY2Qf-Z72jcYyGEefyTHrU4wOcfW6V6HGiyPi4cUub8n7g1ztgJqaB3_1FG9irNXIPqM1KHQDbM7Mx8tCp5lLJH609BTNWtDNUaMLXUuNtt4icBdUCEpsNv-ofgv-W1nK4Y=w640-h360
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhN4p-L6n6f7v6RhaIRmB9bSO4aPPT_zTG7MMW4VG2_bmIlW_XMTrHFKvY2Qf-Z72jcYyGEefyTHrU4wOcfW6V6HGiyPi4cUub8n7g1ztgJqaB3_1FG9irNXIPqM1KHQDbM7Mx8tCp5lLJH609BTNWtDNUaMLXUuNtt4icBdUCEpsNv-ofgv-W1nK4Y=s72-w640-c-h360
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/03/ybhg-datuk-hajah-hakimah-binti-mohd.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/03/ybhg-datuk-hajah-hakimah-binti-mohd.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :