Yang membezakan antara Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional adalah sumber pelaburan yang mendatangkan penghasilan dividen. Jika Anda simpan....
Sekadar perkongsian bersama. Wah banyak dapat dividen KSWP baru ni.... Makanya ramai yang tertumpu pada keuntungan simpanan melalui dividen 6.10% dan 5.65%. Cuba lihat pada JUMLAH agihan dividen :
- RM 50.45 billion Simpanan Konvensional
- RM 6.27 biliion Simpanan Shariah
Menunjukkan masih Ramai Rakyat Malaysia yang beragama ISLAM belum tukar ke "SIMPANAN PATUH SHARIAH". Ini baru dikongsikan angka yang dilaporkan oleh Pihak KWSP. Simpanan di dalam KWSP untuk dana persaraan. Bagaimana dengan simpanan-simpanan di instrumen kewangan lain?
Pilihan di tangan kita....
Akaun konvensional ni nampak dividen tinggi.. tapi ianya perlu dibersihkan.. lainla kalau kita ambil sikap pejam mata (atau gelap mata) sebab nampak jumlah yg banyak kena dibersihkan..Contoh PengiraanJumlah simpanan KWSP. = RM85,000*Dividen Konvensional *= 6.10% @ RM5,185Jumlah perlu dibersihkan = 4.25% @ RM3,612.50Jumlah yang boleh digunakan = 1.85% @ RM1,572.50*Dividen Simpanan Syariah* = 5.65% @ RM4,802.50Jumlah yang boleh digunakan = RM4,802.50 (telah dibersihkan)Jadi,kenapa perlu tangguh lagi utk bertukar ke Akaun Simpanan Syariah?
Umat Islam masih ramai tak dapat membezakan urusan kewangan yang perlu dititik berat dari segi hukum hakam pengurusan kewangan patuh syariah samaada di Bank, Syarikat Pelaburan, Syarikat Takaful, Syarikat Amanah dan lain-lain institusi yang berkait dengan kewangan.
Yang membezakan antara Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional adalah sumber pelaburan yang mendatangkan penghasilan dividen. Jika Anda simpan pelaburan dalam instrument "Simpanan Shariah".
Pelaburan ini memilih sumber-sumber yang patuh shariah seperti syarikat elektronik, telecommunikasi dan lain-lain yang patuh shariah. Jika Anda simpan pelaburan dalam instrument "Simpanan Konvensional".
Pelaburan yang dibuat adalah bercampur : syarikat keluarkan produk islamik dan syarikat keluarkan produk yang tak patuh shariah seperti syarikat arak, perjudian dan lain-lain.
Moga rakan-rakan FB yang bekerja dan berniaga yang ada carum KWSP, bersegera tukar ke akaun KWSP patuh Shariah. Sila baca di website KWSP Simpanan Shariah untuk lebih penerangan lebih lanjut :
Saya nampak ramai post "kegembiraan" dapat Dividen KWSP. Namun.... Perkara lebih penting yang WAJIB tertinggal untuk dititik beratkan. Mungkin ramai yang terlepas pandang bilamana pihak KWSP war-warkan penukaran kepada akaun Shariah. Sebagai MUSLIM, kita kini ada PILIHAN samaada nak buat Simpanan dan Pelaburan yang Shariah atau Konvensional.
Maka...
Hukumnya WAJIB untuk kita pilih Simpanan dan Pelaburan patuh Shariah. Ia adalah tuntutan Islam. Ayuh .... kita kongsikan pada keluarga, saudara mara, rakan-rakan info ini. Pesan juga untuk segera buat analisa bukan sahaja KWSP, malah akaun-akaun lain juga. Demi untuk sama-sama kita perbaiki dan sama-sama kejar keberkatan kewangan disisi Allah SWT.
SILA SHARE dan tag rakan-rakan anda moga Allah SWT rezekikan kita pendapatan dari sumber-sumber yang halal dan jauhi kita dari terlibat dalam simpanan dan pelaburan yang ada unsur gharar (ketidakpastian) , maisir (judi) dan riba (penambahan secara bathil). Moga segala yang kita usahakan kewangan untuk kita dan keluarga kita mendapat keberkatan Allah SWT. Amiin ya rabbal alamiin.
Sumber : Facebook
COMMENTS