Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa dalam bulan Ramadhan Tahun 1443H / 2022M bagi kawasan di Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia....
Jadual Berbuka Puasa Ramadan Dan Waktu Imsak Serta Bersahur 2022 bagi Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah.
Oleh itu, kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini.
Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (bulan keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).
Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.
Umat Islam di Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Bulan Ramadhan Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia 2022 Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut admin sertakan lampiran jadual data waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1443 Hjirah bersamaan 2022 Masihi untuk seluruh kawasan Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia berdasarkan jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM).
Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa bagi seluruh neger Pahang ini yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di seluruh Negeri Pahang bagi merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.
Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa dalam bulan Ramadhan Tahun 1443H / 2022M bagi kawasan seluruh Negeri Pahang. Sila scroll fail PDF di bawah :
Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di seluruh Malaysia merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.
Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa dalam bulan Ramadhan Tahun 1443H / 2022M bagi kawasan Seluruh Negeri-Negeri di Malaysia. Sila scroll fail PDF di bawah :
Kami dari Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak". Semoga segala amalan puasa di tahun ini lebih sempurna dari tahun lepas.
COMMENTS