Guru KAFA bermula Januari ini, guru KAFA wanita di seluruh negara yang bersalin layak diberikan cuti bersalin sebanyak 60 hari dengan dibayar elaun...
Bermula Januari 2022, guru KAFA wanita di seluruh negara yang bersalin layak diberikan cuti bersalin sebanyak 60 hari dengan dibayar elaun, berbanding dengan sebelum ini mereka tidak dibayar elaun sepanjang cuti bersalin.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambah baik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin berelaun selama enam puluh (60) hari bagi Guru KAFA wanita yang bersalin dan diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuatkuasa.
Pemberian elaun ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.
Sehubungan itu, JAKIM telah memaklumkan berkenaan perkara ini kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari 2022M bersamaan 7 Rejab 1433H.
Alhamdulillah terima kasih....
COMMENTS