Apa Persediaan KAFA Anda Jika dipantau oleh Penyelia?

SHARE:

Penyelia datang memantau bukan hendak mencari kesalahan kita tetapi hendak membantu Kafa kita berjalan dengan sempurna mengikut garis panduan yang...

Apa Persediaan Anda Bila KAFA Anda di Pantau?

Sekadar perkongsian, ramai yang mesej tanya apa bende yang perlu kita ada bila penyelia datang memantau, sebabnya Kafa admin baru sahaja dipantau oleh Penyelia-Penyelia KAFA dari PAID Kuantan Lestari petang semalam (Rabu 9/2/2022) bermula jam 2:45 petang hingga 4:00 petang.

Admin rasa amat perlu perkongsian sebegini bagi memastikan kita semua tahu terutama sekali bagi guru besar/penyelaras apa yang perlu ada dan bagaimana persediaan kita jika dipantau.

Begini sebenarnya bukan sebab penyelia nak pantau, nak datang baru kita nak bersiap sedia. Sebenarnya tak perlu persediaan apa-apa pun sebab semuanya kita memang kena sedia dari mula tubuh kafa lagi, itu tugas dan tanggungjawab kita yang sebenarnya.

Tetapi mungkin juga bukan kita tak bersedia, bukan tak nak buat tetapi kita tak tahu apa yang perlu disediakan. Apa kehendak pemantau sebenarnya...

Penyelia datang memantau bukan hendak mencari kesalahan kita tetapi hendak membantu Kafa kita berjalan dengan sempurna mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

Buatlah dengan cara kita janji ada apa yang diminta, sebab kita tiada satu garis panduan yang selaras dalam hal ni. (Insyaallah akan ada selepas ini).

Buat sahaja.... Penyelia minta kita ade rekod... tu je, jangan bila ditanya atau diminta itu tak de ini tak de... Jawab jujur jangan lipak² 😁😁😁.

Kafa SK mungkin lain sikit, mungkin lebih kepada cerapan kelas. Sebabnya bahagian pentadbiran semua di bawah pengurusan sekolah itu sendiri, tiada masalah.

Memang tak sempurna tapi sekadar perkongsian bersama dari pengalaman yang lepas-lepas setelah beberapa kali di pantau (lain penyelia lain cara pantaunya) tapi inilah asasnya, inilah item-item  yang perlu kita ada jika kita dipantau terutama Kafa dan Sar Kafa.

Minta maaf!!! banyak kekurangan, mungkin ada yang tertingggal dan tidak tersusun mengikut item sebenarnya, tak apa nanti penyelia akan beritahu dan memberi saranan mana yang patut ada dan perlu ada kat Kafa kita nanti.

Dua bahagian yang perlu diambil perhatian sebagai persediaan :
  1. Persediaaan sebagai guru (Rutin/tugas hakiki).
  2. Persediaan sebagai pentadbir (Guru Besar/Penyelaras).

Persediaan Guru 

  1. Cerapan Guru. (Penyelia memantau setiap kelas) ;
    1. Cara atau teknik mengajar.
    2. Suara.
    3. Kawalan kelas.
    4. Buku RPH. 
    5. ABM.
    6. Sentiasa isi rekod kedatangan guru setiap sesi.
    7. Tulis buku rekod kehadiran pelajar.
    8. Tulis buku rekod bacaan dan hafazan.
    9. Buku latihan dan buku tulis sentiasa disemak.
    10. Kecerian kelas.
  2. Berpakaian kemas sesuai dengan gelaran ustaz dan ustazah.

Persediaan Pentadbir (Guru Besar / Penyelaras) 

  1. Sedia buku/thumprint rekod kedatangan guru.
  2. Tahu jumlah pelajar keseluruhan, berapa lelaki? berapa perempuan?. (Seeloknya buat carta analisa jumlah pelajar di papan kenyataan dalam pejabat).
  3. Kewangan : (Ni yang paling banyak kena tanya, sebab jika audit datang ni yang dia cari)
    1. Rekod kutipan yuran bulanan. - Fail
    2. Resit sekolah (Barapa yuran sekolah).
    3. Rekod duit keluar masuk (Sentiasa kemas kini) - Fail
    4. Bank slip - bulanan - Fail
    5. Resit pembelian - photostat simpan dalam fail.
    6. Anggaran belanjawan setahun. - Fail
    7. Rekod bayar gaji/elaun guru dari Kafa - Fail, t/tangan, voucher.
  4. Rekod cuti guru ; (fail) penting untuk audit lihat.
    1. Rekod dalam kertas (fail).
    2. Buat rekod di whiteboard/papan kenyataan pejabat.
  5. Surat keluar masuk - Fail
  6. Data guru ; (Fail)
    1. Perjawatan guru
    2. Rekod guru.
  7. Rekod tuntutan bulanan (JAIP) - Fail
  8. Rekod tuntutan (MUIP). - Fail
  9. Minit mesyuarat - (Terkini) - Fail
  10. Visi dan misi ; (Pamer)
    1. Pamer atau tulis/banner kat dinding Kafa.
    2. Tampal dalam buku RPH.
  11. Carta organisasi ; (Pamer)
    1. Carta Sekolah,
    2. Carta AJK.
    3. Carta Panatia (guru matapelajaran).
  12. Jadual guru - Pamer di papan kenyatan pejabat dan tampal dalam RPH ;
    1. Keseluruhan
    2. Personal.
  13. Takwim ; (Pamer)
    1. Takwim rancangan sekolah (program).
    2. Takwim cuti sekolah
    3. Takwim cuti perayaan.
  14. Data dan maklumat pelajar - (1 hingga 6). - Fail
  15. Rekod peperiksaan pelajar ;
    1. Buku rekod peperiksaan. - Simpan ditempat yang mudah dicari.
    2. Statistik/analisa peperiksaan. (Fail)
  16. Fail UPKK.
  17. Mengadakan hari pelaporan. - Aktiviti
  18. Mengadakan hari anugerah - Aktiviti
  19. Mengadakan hari kebesaran Islam - Aktiviti
  20. Mengadakan ihfifal sekolah - Aktiviti
  21. Pemadam api - bomba (Pastikan bila tarikh luput).
  22. Peti ubat keselamatan - (Terkini).
  23. Tanya mengenai kemaskini Simpeni - Sentiasa kemaskini.
  24. Guru bertugas, guru disiplin. (Pamer)
  25. Peraturan sekolah. - Pamer /buku.
  26. Disiplin guru.
  27. Kantin sekolah jika ada. (Kebersihan).
  28. Kebersihan tandas guru dan murid.
  29. Sila rujuk update terkini di bawah untuk melihat apakah item / instrumen yang sebenarnya untuk rujukan kita semua.

PERHATIAN 

  • Fail - Sistem failing yang perlu ada Kafa anda.
  • Pamer - Tampal / tulis / banner / papan kenyataan / whiteboard dsb.
  • Aktiviti -  akan ditanya mengenai aktiviti sekolah.

Tambahan

  1. Sila sediakan cap guru besar, cap sekolah, cap alamat kafa - untuk kegunaan cap borang berkaitan.
  2. Sediakan buku rekod pelawat.
  3. Sediakan segala yang berkaitan dengan SOP COVID-19 (MySejahtera - tampal dinding, alat cek suhu dan rekod pelajar) - Mengikut SOP terkini mana yang perlu.
Kami menyucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran penyelia-penyelia Kafa Kuantan Lestari memantau Kafa kami. InsyaAllah segala teguran dan saranan akan kami kemas kini dari masa ke semasa.

UPDATE : INI YANG SEBENARNYA YANG AKAN DISEMAK SETIAP KALI SESI PEMANTAUAN


ITEM / INSTRUMEN 
(PENGURUSAN FAIL SEKOLAH KAFA) 
 
Perkara-perkara yang disenaraikan merupakan item-item yang akan disemak pada setiap sesi lawatan pemantauan oleh pihak Jabatan. 


Sumber Terkini : Group KAFA Kuantan Lestari

Moga bermanfaat dan menjadi sumber rujukan untuk dari masa ke semasa.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,652,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,53,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Apa Persediaan KAFA Anda Jika dipantau oleh Penyelia?
Apa Persediaan KAFA Anda Jika dipantau oleh Penyelia?
Penyelia datang memantau bukan hendak mencari kesalahan kita tetapi hendak membantu Kafa kita berjalan dengan sempurna mengikut garis panduan yang...
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEj92CTjQPhc0D_C6IXW-04JeZJXXEATNjRXJ-UYDY0NgMFKXh-XG3b2vVhokydABojxTmDGWRiEHPsRkm6m_bWsBSqwxJ0zIb9Dxtx0gMxBGPalhKiQBZ695uWPt4nke3PGA_TU_EQGvWGwNk60zMNycQ7r49mLmVRAsb3kERwmS314kedidkT_YZmo=w640-h456
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEj92CTjQPhc0D_C6IXW-04JeZJXXEATNjRXJ-UYDY0NgMFKXh-XG3b2vVhokydABojxTmDGWRiEHPsRkm6m_bWsBSqwxJ0zIb9Dxtx0gMxBGPalhKiQBZ695uWPt4nke3PGA_TU_EQGvWGwNk60zMNycQ7r49mLmVRAsb3kERwmS314kedidkT_YZmo=s72-w640-c-h456
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/02/apa-persediaan-kafa-anda-jika-dipantau.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/02/apa-persediaan-kafa-anda-jika-dipantau.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :