Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengumumkan dua inisiatif buat institusi KAFA di Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu ....
Dalam perhimpunan agensi hal ehwal Islam baru-baru ini, YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengumumkan dua inisiatif buat institusi KAFA di Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu;
1)Bantuan Elaun Tambahan kepada guru KAFA sebanyak RM800.
2)Skim Bantuan Buku Teks KAFA kepada golongan asnaf dan B40.
Inisiatif bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi KAFA daripada sudut kebajikan guru termasuklah golongan asnaf dan B40.
Alhamdulillah, RM11.5 juta bagi elaun tambahan dan RM1.8 juta bagi skim buku teks KAFA telah diperuntukkan daripada MAIWP dan pembayar zakat.
InsyaAllah, dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan kepada institusi KAFA supaya terus melahirkan generasi Mukmin dan Muslih.
**Semoga dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain seluruh Malaysia... Aamiin
Sumber; FB JAKIM
COMMENTS