Permohonan Online ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Tahun 2022

SHARE:

Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2022 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang akan di buka mulai 2 November 2021.

Permohonan Online ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Tahun 2022

Pergukafakuantan.com - Negeri Pahang mempunyai 11 buah daerah, boleh dikatakan setiap daerah mempunyai satu atau dua dan lebih Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang atau lebih dikenali dengan SMAN Pahang

Antara Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang adalah:

  1. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan 
  2. SMA Al-Attas, Pekan
  3. SMA Al-Ihsan, Kuantan
  4. SMA Maran, Maran
  5. SMA Chenor, Maran
  6. SMA Al-Khairiah, Temerloh
  7. SMA Al-Wosto, Temerloh
  8. SMA Pulau Tawar, Jerantut
  9. SMA Al-Basariah, Kuala Tembeling Jerantut
  10. SMA Al-Maidah Padang Tengku, Kuala Lipis
  11. SMA Al-Ulum Ad-Diniah Dong, Raub
  12. SMA Al-Falah Batu Talam, Raub
  13. Ma'ahad As-Sultan Haji Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka
  14. SMA Pelangai, Bentong
  15. SMA Rompin, Kuala Rompin
  16. SMA Bukit Ibam, Muadzam Shah
  17. SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan
  18. SMA Al-Ittifaqiah Guai, Temerloh
Saingan untuk memasuki SMAN Pahang amat sukar disebabkan permohonan yang begitu ramai setiap tahun dengan keupayaan sekolah dan asrama yang terhad. Jadi bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke SMAN Pahang pastikan anak anda mempunyai kelayakan yang setaraf dan mempunyai keupaya tinggi untuk menjawab semua soalan temu uji bertulis dan lisan SMAN Pahang nanti.

Hanya pelajar yang berkualiti dan layak sahaja akan dipilih untuk memasuki ke SMAN Pahang.

Iklan Permohonan untuk memasuki SMAN Pahang 2022 dikeluarkan oleh pihak JAIP seperti kenyataan di bawah. 

IKLAN DAN SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU TAHUN 2022

1. Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2022 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang akan di buka mulai 02 November 2021 (Selasa) hingga 19 November 2021 (Jumaat).

2. Permohonan boleh dibuat secara 'Online" sahaja melalui pautan laman web di bawah;


ATAU Scan QR CODE di bawah untuk mengakses terus ke laman sesawang Permohonan Tingkatan 1 2022;


qr code sman 2022

3. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon adalah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon / ibu / bapa lahir di Negeri Pahang (Anak kelahiran Pahang diutamakan), atau;
  4. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Pegawai Daerah / Penghulu Mukim, atau;
  5. Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat di Negeri Pahang (perlu mengemukakan surat pengesahan daripada Ketua Jabatan). 
  6. Tamat tahun 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau setaraf dengannya.
4. Salinan dokumen berikut yang telah disahkan hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon sebelum 06 Disember 2021 bagi tujuan pengesahan dan panggilan temu uji:
  1. Salinan slip permohonan "online";
  2. Kad pengenalan pemohon, ibu, bapa / penjaga;
  3. Surat beranak pemohon;
  4. Sijil lain yang berkaitan;
  5. Surat pengesahan bermastautin (jika berkaitan);
  6. Surat pengesahan majikan (jika perlu).
5. Tarikh akhir permohon ialah pada 19 November 2021 (Jumaat) jam 12:00 malam. Pemohon boleh menyemak panggilan temu uji di pautan laman sesawang di bawah mulai 13 Disember 2021 (Isnin). Slip Panggilan Temu Uji perlu dicetak untuk simpanan calon dan perlu di bawa pada hari Temu Uji, jika Temu Uji dijalankan secara bersemuka.


6. Ujian Kelayakan Khas / Temu Uji Bertulis dan Bacaan seperti ketetapan berikut:

Bertulis AtasTalian;
Mata pelajaran : Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
Tarikh : 18 Disember 2021 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi.

Syafawi - Bacaan;
Mata pelajaran : Al-Quran dan Jawi
Tarikh : 27 Disember 2021 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi

7. Keputusan temu uji boleh disemak secara "online" melalui laman sesawang di bawah mulai 11 Januari 2022 (Isnin) mulai jam 9:00 pagi.


8. Pemohon yang berjaya hendaklah membawa Slip Keputusan Tawaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang yang ditawarkan. Keputusan penempatan adalah muktamat.

Sumber: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. Postingan mengenai permohonan online sma diatas sangat bermanfaat, saya blogger juga dan menulis di Blog Edukasi dan juga mengelola situs yang bernama Situs pendidikan dan juga blog pendidikan Terimakasih semoga sukses!

    ReplyDelete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.

Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Permohonan Online ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Tahun 2022
Permohonan Online ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Tahun 2022
Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2022 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang akan di buka mulai 2 November 2021.
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgBSncf6YusF6FuPN6B4ZQO4Z7ptvTNRrVMg8mlXtpNFlIA8pDPWfIeWKtaWEdRMHLazSDiSdHsSja6RNnuvV2-1qv1dTU1GuZSnYsyddTUAJosMH6khzZWk3Miih1-g86xU2q_zh4-u5aKzh6b1pI1mJB4TysF3f4sTBcZRHjIb5D_DE660DhUOrLn=w640-h314
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgBSncf6YusF6FuPN6B4ZQO4Z7ptvTNRrVMg8mlXtpNFlIA8pDPWfIeWKtaWEdRMHLazSDiSdHsSja6RNnuvV2-1qv1dTU1GuZSnYsyddTUAJosMH6khzZWk3Miih1-g86xU2q_zh4-u5aKzh6b1pI1mJB4TysF3f4sTBcZRHjIb5D_DE660DhUOrLn=s72-w640-c-h314
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/10/permohonan-online-ke-tingkatan-satu.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/10/permohonan-online-ke-tingkatan-satu.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :