Cuti Bersalin Berelaun Guru KAFA mulai Januari 2022

SHARE:

Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) akan menikmati kemudahan cuti bersalin berelaun mulai 1 Januari 2022.

Cuti Bersalin Berelaun Guru KAFA mulai Januari 2022

Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) akan menikmati kemudahan cuti bersalin berelaun mulai 1 Januari 2022.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, kerajaan komited untuk membela kebajikan guru Kafa.

Sejak tahun lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperuntukkan RM6.9 juta untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 35,000 guru Kafa di Malaysia.

Kerajaan amat prihatin untuk menambah baik status perjawatan guru Kafa, namun beberapa proses penting perlu diteliti dan dilaksanakan terlebih dahulu secara terancang dan menyeluruh bagi menjamin kebolehlaksanaan penambahbaikan status perjawatan tersebut.

Penambahbaikan ini melibatkan aspek deskripsi tugas, penetapan jam mengajar, kelayakan guru dan keperluan ikhtisas bagi guru Kafa serta kesesuaian premis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang bertanyakan mengenai status terkini perjawatan guru Kafa yang selama ini berkhidmat secara kontrak.

Selain itu, kata Ahmad Marzuk, kerajaan sentiasa melaksanakan inisiatif untuk memperkasa guru Kafa bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Katanya, inisiatif itu melalui pelaksanaan kursus pemetaan guru Kafa sebagai jurulatih daerah bagi melahirkan guru yang kompeten dalam profesyen perguruan.

“Setakat ini, seamai 561 guru Kafa dilatih di bawah program itu bagi memantapkan ilmu kemahiran pengajaran dan kemahiran teknologi serta berupaya menjadi pembimbing kepada guru Kafa lain,” katanya.

Beliau berkata, guru Kafa juga perlu memenuhi kelayakan ikhtisas yang merupakan elemen penting bagi memenuhi syarat dan kelayakan yang ditentukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Sumber: Harakahdaily

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Cuti Bersalin Berelaun Guru KAFA mulai Januari 2022
Cuti Bersalin Berelaun Guru KAFA mulai Januari 2022
Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) akan menikmati kemudahan cuti bersalin berelaun mulai 1 Januari 2022.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUIB2X7mhyEGlg584wjM4uqd1ZL0JEI6xBe-Nawm2e5s4CIz6W4DTXpSsOBvy3BaXBXgQ11MZ06nQFhAbmTeweX8gMaGizqs-MtIZo3oEzm33g8vG5tDA4N954u5JAnCaGgUthUJeqeQo/w640-h360/Cuti+Bersalin+Berelaun+Guru+KAFA+mulai+Januari+2022.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUIB2X7mhyEGlg584wjM4uqd1ZL0JEI6xBe-Nawm2e5s4CIz6W4DTXpSsOBvy3BaXBXgQ11MZ06nQFhAbmTeweX8gMaGizqs-MtIZo3oEzm33g8vG5tDA4N954u5JAnCaGgUthUJeqeQo/s72-w640-c-h360/Cuti+Bersalin+Berelaun+Guru+KAFA+mulai+Januari+2022.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/09/cuti-bersalin-berelaun-guru-kafa-mulai.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/09/cuti-bersalin-berelaun-guru-kafa-mulai.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :