JAKIM akan terus berusaha memberikan perhatian sebaik mungkin agar pembelajaran KAFA dapat diteruskan dengan sempurna mungkin dalam tempoh yang....
Dalam tempoh PKP berikutan pandemik COVID-19, JAKIM menerima pelbagai aduan, rungutan dan cadangan dari pelbagai pihak mengenai pendidikan KAFA termasuk guru dan ibu bapa.
JAKIM faham, bukan mudah melaksanakan pembelajaran dalam tempoh sekarang. Isu PdPr sering menjadi topik utama dalam kalangan guru-guru, murid dan ibu bapa selain isu Ujian Penilaian Kelas KAFA (UKPP) yang dijadualkan bersekali tahun 2020 dan 2021.
Yang paling resah adalah ibu bapa. Mereka bimbang dan khuatir anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran KAFA dengan sempurna dan boleh memberi kesan terhadap UPKK yang bakal diduduki. Kita faham, ibu bapa mana rela anak-anak tidak cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan.
KIM saban masa melakukan usaha yang terbaik dalam menangani isu KAFA ini. Walaupun dalam tempoh sukar, pendidikan tetap diteruskan semampu mungkin. YB Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sering mengarahkan agar JAKIM sentiasa memantau isu KAFA. Justeru, saya telah meminta Bahagian Pendidikan JAKIM mengatur pertemuan secara dekat dan kerap dengan warga KAFA khususnya Penyelia KAFA secara bersiri. Bermula 23 Jun 2021 hingga 30 Julai 2021, JAKIM menjelajah dari negeri ke negeri secara maya bertemu dengan warga KAFA untuk mendengar dan mencari jalan terbaik bagi mempertingkatkan pendidikan KAFA.
Pagi tadi, Jumaat 9 Julai 2021, saya mengambil peluang bertemu dengan warga Penyelia KAFA negeri Sabah, berdialog dan cuba menyelami jiwa dan masalah mereka.
InsyaAllah, JAKIM akan terus berusaha memberikan perhatian sebaik mungkin agar pembelajaran KAFA dapat diteruskan dengan sempurna mungkin dalam tempoh yang sukar ini. Doakan JAKIM dan semua.
Sumber: FB Ketua Pengarah JAKIM
COMMENTS