UPKK 2021 bagi Calon 2020 dan 2021 dilaksana Ikut Jadual

SHARE:

Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi 2021 masih mengikut jadual yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

UPKK 2021 bagi Calon 2020 dan 2021 dilaksana Ikut Jadual

Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi 2021 masih mengikut jadual yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

UPKK katanya, akan dilaksanakan dengan mematuhi Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun lalu, berdasarkan ulasan dan pandangan dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

JAKIM dengan kerjasama semua agensi terbabit sudah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan UPKK tahun ini berjalan lancar.

Pelaksanaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 akan dilaksanakan secara serentak tahun ini membabitkan lapan subjek terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PELAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) BAGI CALON 2020 DAN 2021 YANG DILAKSANAKAN SECARA SERENTAK TAHUN 2021

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian dan memahami keresahan ibu bapa berkaitan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang dilaksanakan secara serentak pada tahun 2021. Menyedari perkara tersebut, JAKIM sekali lagi ingin memaklumkan tentang kaedah yang sedang dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan KAFA pada tahun ini.

2. UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis. Bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun 2021. Ia berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambilkira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK, yang dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing.

3. Bagi Mata Pelajaran al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran, ia dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 September 2021.

4. Manakala lima subjek bertulis iaitu Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2021. Sukacita dinyatakan juga, lima subjek bertulis tersebut bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata. Setiap subjek yang telah dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Malah ia tidak terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardhu ain.

5. Sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.

6. JAKIM optimis dengan usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 pada ketika ini. Oleh itu, dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaan ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan. Perkara ini juga dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun 2021, berdasarkan ulasan/pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

7. JAKIM juga sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan. JAKIM dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan pelaksanaan UPKK tahun 2021 berjalan lancar. Selain itu, penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk dari aspek kaedah pelaksanaan UPKK. Justeru, JAKIM sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan tersebut.

Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
13 Jun 2021

Sumber: FB JAKIM

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: UPKK 2021 bagi Calon 2020 dan 2021 dilaksana Ikut Jadual
UPKK 2021 bagi Calon 2020 dan 2021 dilaksana Ikut Jadual
Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi 2021 masih mengikut jadual yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwPl2lvY_dAJvNTpvQB5iwjYFhBXy7a7aYVtm97pkK4DueLnc44H7gNX_km3qUxQqUfhyphenhyphenQLJSUi-9f1Pgzb8Ehwslp5PEeQC6OWAtE5wpY38X_DSgOmlM3JzA6KasXXCavz6vFNBhqx8w/w640-h360/UPKK+2021+bagi+Calon+2020+dan+2021+dilaksana+Ikut+Jadual.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwPl2lvY_dAJvNTpvQB5iwjYFhBXy7a7aYVtm97pkK4DueLnc44H7gNX_km3qUxQqUfhyphenhyphenQLJSUi-9f1Pgzb8Ehwslp5PEeQC6OWAtE5wpY38X_DSgOmlM3JzA6KasXXCavz6vFNBhqx8w/s72-w640-c-h360/UPKK+2021+bagi+Calon+2020+dan+2021+dilaksana+Ikut+Jadual.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/06/upkk-2021-bagi-calon-2020-dan-2021.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/06/upkk-2021-bagi-calon-2020-dan-2021.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :