Pihak JAKIM kini telah menyediakan satu Pelaporan Khas PdPR yang rasmi untuk Guru KAFA. Dengan ini, dimaklumkan bahawa semua Guru KAFA...
Pihak JAKIM kini telah menyediakan satu Pelaporan Khas PdPR yang rasmi untuk Guru KAFA. Dengan ini, dimaklumkan bahawa semua Guru KAFA dikehendaki untuk membuat pelaporan PdPR menggunakan Instrumen JAKIM ini.
Info terbaharu daripada JAKIM berkaitan Pelaporan PdPR Kebangsaan.
1) Mulai minggu hadapan, 28 Jun 2021. Semua guru KAFA dikehendaki untuk membuat pelaporan PdPR hanya 1 KALI sahaja untuk 1 MINGGU. TIDAK PERLU laporan tiap hari.
1 MINGGU, 1 KALI PELAPORAN.
Pilihan kelas, adalah pilihan masing-masing.
(Jika sehari melaksanakan banyak kelas, ambil 1 sahaja.)
2) Memandangkan JAKIM sudah menetapkan 1 minggu 1 kali lapor PdPR, maka bagi NegerI Pahang pula akan kembali menggunakan Pelaporan PdPR harian yang asal bagi merekod kembali data PdPR khas untuk Pahang.
(Ringkasnya, Pelaporan JAKIM sekali seminggu, Pelaporan Negeri setiap hari)
3) Pelaporan PdPR Negeri akan diringkaskan lagi bagi memudahkan guru untuk mengisi pelaporan tersebut.
Sekian makluman semasa berkaitan Pelaporan PdPR Kebangsaan & Pelaporan Negeri.
Sila klik butang di bawah untuk menghantar laporan PdPR Kebangsaan anda:
Bagi mencari kod sekolah anda boleh terus ke halaman Simpeni di bawah :
COMMENTS