Buku Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK 2021 kini telah diedarkan untuk semua pusat UPKK Negeri Pahang. Buku JUC 2021 ini merupakan edisi ke-6...
Pergukafakuantan.com - Buku Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK 2021 kini telah diedarkan untuk semua pusat UPKK bagi Negeri Pahang. Buku JUC 2021 ini merupakan edisi ke-6 diterbitkan. Mula diperkenalkan sejak tahun 2014 lagi.
Unit SAR dan KAFA JAIP
Buku ini merupakan terbitan UNIT SAR & KAFA Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Ia merupakan koleksi soalan UPKK, rumusan dan statistik bermula tahun 2014 hingga tahun 2018. Ia diberi secara percuma kepada setiap calon UPKK yang berdaftar negeri Pahang.
Tahniah dan terima kasih kepada UNIT SAR & KAFA Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas daya usaha ini, ia bertujuan bagi untuk meningkatkan lagi pencapaian UPKK Negeri Pahang bagi tahun 2021 ini.
Tahniah
Tahniah juga kepada JU yang berusaha keras menyiapkan buku ini setiap tahun, ini merupakan tahun keenam buku JUC ini diterbitkan. InsyaAllah selepas ini program JUC akan bermula bagi setiap daerah dalam negeri Pahang. Bagi daerah Kuantan akan berlangsung mengikut zon yang akan ditetapkan.
Semoga Berjaya
Semoga apa yang telah diusahakan akan membuahkan hasil yang cemerlang bagi setiap calon UPKK negeri Pahang 2021 nanti.
COMMENTS