Kelas KAFA seluruh Negeri Pahang akan mengikuti melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 17/5 - 28/5/2021
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan mengenai penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka bagi sekolah seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan dengan itu bagi kelas KAFA seluruh Negeri Pahang akan mengikuti melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid bermula 17 Mei 2021 hingga 28 Mei 2021.
4 perkara yang ditekankan sepanjang PdPR :
- Penjadualan semula jadual PdP.
- Pengisian RPH KAFA dalam tempoh PdPR.
- Pelaporan PdPR melalui Portal.
- Laporan kehadiran bertugas guru KAFA.
Mohon semua guru KAFA seluruh Negeri Pahang terus berkhidmat dengan cemerlang di sepanjang tempoh PdPR ini.
COMMENTS