Bayar Zakat Fitrah Online Tahun 2021

SHARE:

Cara Lengkap Bayar Zakat Fitrah Online Tahun 2021 bagi negeri seluruh Malaysia

Bayar Zakat Fitrah Online 2021

Bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa, adalah disunatkan untuk mereka yang berkewajipan untuk membayar Zakat Fitrah 2021 dalam bulan Ramadhan ini.

Untuk makluman, Zakat Fitrah pada istilahnya ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Perintah pelaksanan Zakat Fitrah dalam Islam bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun mula diwajibkan orang-orang Islam berpuasa pada bulan Ramadhan.

Antara tujuan perintah Zakat Fitrah dilaksanakan adalah untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna serta memberi makanan kepada orang-orang miskin, mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

Fatwa Zakat Fitrah

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan mengenai Zakat Fitrah dan telah memutuskan bahawa hukum Zakat Fitrah adalah wajib.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Kewajipan Zakat Fitrah ini tertakluk sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Waktu membayar Zakat Fitrah adalah bergantung kepada waktu hukumnya iaitu:

  • Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Afdhal: Sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
  • Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Kadar Zakat Fitrah di Malaysia

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2021 di Malaysia adalah berbeza mengikut negeri iaitu:

NegeriKadar Bayaran
PerlisRM7.00
KedahRM7.00/RM14.00/RM21.00
Pulau PinangRM7.00/RM12.00 /RM16.00
PerakRM7.00/RM14.00/RM21.00
SelangorRM7.00/RM14.00/RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
MelakaRM7.00/RM14.00
JohorRM7.00/RM10.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00/RM14.00/RM21.00
SarawakRM7.00
SabahRM6.00/RM7.50
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/LabuanRM5.00/ RM7.00 / RM14.00

Cara Bayaran Online

Untuk pembayaran Zakat Fitrah 2021 secara online, orang ramai boleh membayar mengikut Majlis Agama Islam atau Pusat Zakat setiap negeri seperti berikut:

i) Perlis

  1. Layari laman web https://www.maips.gov.my/.
  2. Cari bahagian ‘Bayar’ dan klik tulisan ‘Bayar Zakat FPX.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit for Payment.’

ii) Kedah

  1. Layari laman web https://jom.zakatkedah.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Bayar Zakat Fitrah.’
  3. Isikan jumlah nilai dan klik butang ‘Tambah.’
  4. Klik butang ‘Bayar.’

iii) Pulau Pinang

  1. Layari laman web https://zakatpenang2u.com/.
  2. Klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Selepas masuk, sila buat pembayaran zakat.

iv) Perak

  1. Layari laman web https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Bayar Sekarang.’

v) Selangor

  1. Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/.
  2. Di bahagian bayar zakat online, klik butang ‘Bayar Zakat Anda.’
  3. Masukkan maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Pilih kaedah bayaran dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Pilih bank dan buat bayaran.

vi) Negeri Sembilan

  1. Layari laman web https://www.zakatns2u.biz/fitrah/.
  2. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Bayar Melalui Perbankan Internet.’

vii) Melaka

  • Layari laman web https://www.izakat.com/
  • Klik bahagian Fitrah Online atau Bayar Fitrah.
  • Buat pembayaran Zakat Fitrah.

viii) Johor

  1. Layari laman web https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan semak no. kad pengenalan.
  4. Isi maklumat diri sehingga ke bahagian pengakuan.
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Setelah masuk, mulakan pembayaran Zakat Fitrah.

ix) Pahang

  1. Layari laman web https://ezakat.muip.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Bayaran Zakat Fitrah.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya untuk Bayar.’
  4. Buat pembayaran

x) Terengganu

  1. Layari laman web https://ezakat.maidam.gov.my/online/.
  2. Klik butang ‘Bayar Zakat Fitrah.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Maklumat bayaran dipaparkan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Buat pengesahan dan niat Zakat Fitrah.

xi) Kelantan

  1. Layari laman web https://www.e-maik.my/.
  2. Di bahagian Kadar Zakat Fitrah, klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Bayar.’
  3. Klik pada ikon beras yang dipaparkan.
  4. Isi maklumat dan klik butang ‘Bayar Sekarang.’

xii) Sarawak

  1. Layari laman web https://pelanggan.tbs.org.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Setelah masuk, mulakan pembayaran Zakat Fitrah.

xiii) Sabah

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  4. Isi maklumat diri dan daftar.
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Pilih FPX dan MIGS dan klik ‘Teruskan Pembayaran.’
  7. Pilih Zakat Fitrah dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  8. Pilih ‘Internet Banking,’ untuk proses pembayaran.

xiv) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

  1. Layari laman web http://fitrah.zakat.com.my/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Bayar.’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran Zakat Fitrah, sila berhubung dengan Pejabat Zakat negeri masing-masing.


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Bayar Zakat Fitrah Online Tahun 2021
Bayar Zakat Fitrah Online Tahun 2021
Cara Lengkap Bayar Zakat Fitrah Online Tahun 2021 bagi negeri seluruh Malaysia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7ziQP4uITT9LfnfoRuooWCS9bLbF7OxqRWnFTORlfvYcYR8vAQC_FKPFoMWfkPOSMOpjRGOTwroApSuyODBAEzNUIW45c1s5nz7pETSXN7YzAa4fYr7c8KX8jicNQlGu26w0eQeOFEZs/w640-h360/bayar+zakat+fitrah+online+2021.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7ziQP4uITT9LfnfoRuooWCS9bLbF7OxqRWnFTORlfvYcYR8vAQC_FKPFoMWfkPOSMOpjRGOTwroApSuyODBAEzNUIW45c1s5nz7pETSXN7YzAa4fYr7c8KX8jicNQlGu26w0eQeOFEZs/s72-w640-c-h360/bayar+zakat+fitrah+online+2021.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/04/bayar-zakat-fitrah-online-tahun-2021.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/04/bayar-zakat-fitrah-online-tahun-2021.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :