Tuntutan Kebajikan Guru Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang Boleh dituntut melalui Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Masing-Masing...
Pergukafakuantan.com - Alhamdulillah dan terima kasih. Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM192, 080.00 (Rujukan Sini) peruntukan untuk kebajikan Guru KAFA Negeri Pahang melalui Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang (PEGUSAKAPA).
TUNTUTAN INI BERKUATKUASA MULAI JUN 2019.
Bagi Guru KAFA yang mengalami keadaan seperti di bawah boleh membuat tuntutan dengan Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang:
- Kematian Guru KAFA (Lantikan JAIP) - RM1,000.00 dan kematian pasangan, ibu bapa atau anak Guru KAFA - RM500.00
- Bantuan Bencana :
- KEBAKARAN : RM500.00
- BANJIR yang menyebabkan arahan berpindah : RM300.00
- KEMALANGAN @ SAKIT MASUK WAD MELEBIHI 3 HARI : RM200.00
- MENUNAIKAN HAJI KALI PERTAMA: RM200.00
- CENDERAHATI PERSARAAN : RM200.00
- Kematian Guru, pasangan dan Anak- RM100.00 ( dokumen surat kematian disertakan)
- Guru masuk wad syarat bermalam 1 hari atau lebih - RM100.00 ( dokumen bukti masuk wad d sertakan )
- Anak guru dapat melanjutkan pelajar ke Universiti (IPTA) - RM100.00 ( dokumen tawaran kemasukkan IPTA disertakan )
Semua tuntutan tersebut boleh dibuat melalui Persatuan Guru SAR KAFA Daerah masing-masing dan bagi daerah Kuantan melalui ketua zon masing-masing dengan menggunakan borang tuntutan A dan Borang B di bawah (Untuk memuat turun sila klik butang anak panah pada penjuru atas sebelah kanan) :
sekian terima kasih.
HARMIZI HANAFI
PENGERUSI
PERSATUAN GURU-GURU SAR KAFA NEGERI PAHANG
COMMENTS